Desas-desus membabitkan pelakon dan usahawan Fizo Omar yang dikatakan telah menamatkan zaman dudanya mendapat perhatian ramai selepas ada memuat naik sekeping foto lengkap mengenakan baju melayu di akaun Instagram.
Dalam pada itu, rakan pelakon Yana Samsudin turut dilihat ada menitipkan ucapan tahniah kepada Fizo serta pelakon Kamal Adli yang bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.
Di samping memuat naik sekeping foto bersama dua jejaka tampan itu, Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin ada menitipkan kata semangat buat yang masih bujang dan belum bertemu jodoh.
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini berharap kepada semua yang masih berstatus bujang untuk tabah dan terus berdoa supaya cepat dipertemukan jodoh.
“Buat yang masih single bertabahlahh… mungkin jodoh sebelah rumah takpun orang lain tengah jaga dulu… huhu gurau sajer.
“Tahniah abe joe dah settle semalam tahniah juga buat Kamal bakal berlangsung nanti Aku doakan korang bahagia till jannah insyaAllah
“Yang single tu yana doakan korang cepat bertemu jodoh yang baik… insyaAllah cepat aminkan… (semua aminkan kecuali suami hakak),” tulisnya menerusi satu entri di akaun Instagram miliknya.
Terdahulu, Yana telah mendirikan rumah tangga bersama Fadzil Zahari pada tanggal 13 Februari 2015.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki Aisy Mateen, 5 dan Aura Aisy Sofea yang lahir pada November tahun lalu.
Foto: Instagram Yana Samsudin