Pelakon Indonesia, Acha Septriasa mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua hasil perkongsian hidupnya bersama suami, Vicky Kharisma.
Berita gembira tersebut dimaklumkannya melalui Instagram, pada Ahad.
Menerusi beberapa lampiran foto yang dikongsikan, Acha Septriasa turut memua naik ‘baby bump’ yang dirakam dari jarak dekat.
”Ada manisnya tersendiri bisa ikut mencipta. Mengukir nama, membesarkan hidup, dan mencipta kenangan bersama.
“Terharu dan bersyukur atas kesempatan kedua menjadi ibu bapa, Bridgia sebentar lagi akan menjadi kakak,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Bagaimanapun, usia kehamilan tidak dikongsikannya.
Terdahulu meski kini memilih untuk menetap di Australia, Acha dilihat tetap aktif berlakon dan antara projek terbaharunya ialah sebuah filem yang mengandingkan dirinya dengan aktor Farid Kamil.
Naskhah yang dilakonkan mereka berkisar mengenai perjuangan seorang ahli politik yang juga Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Acha melakonkan watak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Imbas kembali, Acha Septriasa selamat bergelar isteri kepada Vicky Kharisma pada Disember 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka turut dikurniakan seorang anak perempuan, Bridgia Kalina Kharisma.
Acha Septriasa memutuskan ikut pindah ke Australia bagi mengikuti suaminya yang bekerja di sana sejurus mendirikan rumah tangga.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: @the_fotografia @kenkawitana