Usahawan sensasi Liana Rosli berkongsi berita gembira apabila memaklumkan adiknya yang juga pelakon dan model, Ahya Rosli bakal bergelar bapa apabila isterinya, Shahirah Sanusi kini sedang hamil anak pertama.
Liana atau selesa disapa Kak KM itu memuat naik perkhabaran tersebut melalui sebuah video yang merakamkan detik dia bersama seisi keluarga teruja apabila hasil kit ujian kehamilan menunjukkan Shahirah kini berpotensi besar berbadan dua.
“Alhamdulillah syukur dapat anak buah lagi. Congratulations adik akak,” tulisnya pada ruangan kapsyen sambil disusuli dengan ucapn tahniah ramai.
Turut kelihatan di dalam video yang menerima hampir 100,000 tontonan itu ialah ibu mereka yang juga merupakan pelakon senior terkenal, Normah Damanhuri.
Bintang itu dilihat tumpang gembira lalu memeluk dan mencium menantu kesayangannya itu.
Malah pelakon versatil terbabit turut menitipkan kata menerusi satu entri terkini di Instagram.
Sambil menzahirkan rasa syukur, Normah antara lain turut teruja apabila dijangka bakal menimang cucu yang ke 17 tidak lama lagi.
”Di bulan ramadhan yang mulia ini dapat dua cucu..jantung hati ku ahya & ira tahniah.. ini cucu ku yang ke 17.. syukur Alhamdulillah.. happy nya mama.
”Ya Allah Ya Tuhan ku tolong jaga dia untuk ku..sihat kan lah tubuh badan nya sehingga melahirkan.. dan kurniakan lah kpd nya anak yang soleh Aamiin yarobbalalamiin,” doanya.
Sebelum ini, Liana ada berkongsi berita gembira apabila mendedahkan dia juga kini sedang mengandung.
Imbas kembali, Ahya dan isterinya mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2019 di Bukit Kiara Equestrian, Kuala Lumpur.
Foto: Instagram Liana Rosli