Wah tahniah MH ucapkan kepada Datuk Red dan isterinya penyanyi Adira Suhaimi yang kini telah hamil sekali lagi!

Melalui mStar, Red berkongsi Adiri kini sudah hamil lima bulan dan merupakan anak kelapan kepadanya.

Tahniah Adira Sah Hamil, Datuk Red Bakal Timang Anak Ke-8!

IKLAN

Red menjelaskan, setelah hampir setahun Adira bakal melahirkan anak kedua mereka pada September akan datang dan berkongsi kegembiraan tahun ini sahaja dia bakal menyambut cahaya mata dalam tahun yang sama.

Red turut menjelaskan berhasrat untuk mempunyai 20 orang anak jika diberi rezeki.

IKLAN

“Alhamdulillah, rezeki Allah… Adira hamil lima bulan anak kedua kami. Kalau ikutkan anak ke lapan sayalah.

“Saya suka anak ramai sekarang hendak masuk lapan orang, lagi 12 oranglah kalau diberi rezeki,” kongsinya kepada wartawan mStar.

Tahniah Adira Sah Hamil, Datuk Red Bakal Timang Anak Ke-8!

Red dan Adira telah mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand dan merupakan perkahwinan kedua buat Datuk Red.

IKLAN

Apapun MH sama-sama tumpang gembira atas perkongsian ini dan mendoakan yang terbaik buat kedua pasangan ini.

SUMBER: mStar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI