Penerjun negara, Ahmad Amsyar Ahmad telah menyumbang lagi kemenangan buat Malaysia setelah melakukan terjunan emas dalam acara 1m papan anjal individu lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 semalam.
Kemenangan itu sekali gus membuatkan Amsyar tidak dapat mengawal emosi dan menangis ketika memeluk erat bapanya, Azman Hassan ketika selesai acara tersebut di Pusat Akuatik Negara Bukit Jalil Kuala Lumpur.
Foto-foto menyentuh hati yang dikongsi oleh jurufoto, Aizuddin Saad menerusi laman Facebook Berita Harian Online menyentuh hati netizen.
Menerusi ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa terharu melihat hero Malaya itu dan bapanya selain memberikan ucapan tahniah.
Kedua-dua ibu bapa Amsyar yang bekerja sebagai pensyarah di Institut Pendidikan Guru, Tawau sanggup datang dari Sabah semata-mata untuk menyaksikan anaknya beraksi, ternyata tidak menghampakan.
Menurut Amsyar dia sangat bersyukur kerana Allah memberikan suatu nikmat yang sukar untuk dinilaikan. Dia juga berkata,kadang-kadang menangis dalam senyuman.
Terdahulu, Amsyar dikritik oleh media asing selepas jatuh mendatar ketika melakukan terjunan pada pusingan awal 3m papan anjal dan gagal layak ke separuh akhir Olimpik Rio 2016 pada Ogos lepas.
Amsyar yang menyambut ulang tahun ke-25 semalam, telah menerima hadiah hari jadi yang paling bermakna buat dirinya dan keluarga.
Amsyar juga telah memuatnaik momen terindahnya di laman sosialnya setelah memenangi pingat emas pertama dalam acara individu pada hari jadinya.
“Alhamdulillah syukur yang tak dapat aku ungkapkan dengan kata kata kebesaran dan nikmat Allah dan rezeki yang tidak akan aku lupakan sampai akhir hayatku. Alhamdulillah Allah pinjamkan nikmat .hadiah yang sukar dijangkakan dan hadiah paling besar dalam sejarahku sepanjang karierku dan hidupku 25 tahun.”
1. Hari lahirku yang ke 25
2. Emas 1 meter seagames2017
3. 5 kek untuk hari ni
4. Hadiah2 dari followers
5. Nyanyian negaraku
6. Nyanyian happy birthday kepadaku di atas podium
“Terima kasih kepada jurulatih saya yang zhu liang dan keluarga”
Bagaimanapun, Ahmad Amsyar tidak dapat meraikan harijadinya malam ini kerana perlu berehat bagi menghadapi acara 3m papan anjal seirama lelaki bergandingan dengan Chew Yiwei.
MH Online mengucapkan syabas kepada Ahmad Amsyar Ahmad. Anda semua kebanggaan Malaysia! Tahniah Amsyar yang telah bangkit dari kegagalan pada tahun lalu! #Bangkitbersama!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI