Penyanyi, Nourul Depp sekali lagi meluahkan rasa bangga apabila anak sulungnya, Ayu Nazirah mendapat anugerah dekan dalam jurusan Zoologist dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Perkara itu dikongsikan Nourul di Instagram miliknya.
“Proud mama. Tahniah anak mama for this dean award!
“And to all the future zoologists! You have great responsibilities to conserve, preserves and to educate the rest of the world about world and Animal. We need that.
Ads
“Keep up the good work,” pesan bintang yang sinonim menerusi laguKerana Terluka ini.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata peminat gembira atas kejayaan yang diperoleh gadis 22 tahun itu.
Ads
Sebelum ini, Nourul menerusi platform sama turut menyatakan rasa bangganya terhadap Ayu yang mendapat anugerah sama buat kali keempat.
Ads
Untuk pengetahuan, Ayu merupakan zuriat hasil perkahwinan terdahulu bersama komposer Ajai yang dikahwini sekitar Disember 1996 kemudian berpisah pada Februari 2007.
Nourul kini bahagia harmoni bersama suami, Eric Depp dan setakat ini, pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp.
Foto: Instagram Nourul Depp, Ayu Nazirah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Rihanna and pasangannya, A$AP Rocky sedang menantikan kelahiran anak pertama mereka tidak lama lagi.
Menerusi perkongsian foto terkini pasangan itu, Rihanna, 33 dilihat mengenakan jaket panjang merah jambu sambil tidak mengenakan butang di bahagian perut sekali gus menampakkan ‘baby bump’.
Foto berkenaan yang dirakam di Harlem, New York dalam suasana bersalji kini mencetuskan tular dan diperkatakan oleh para peminatnya di seluruh dunia.
Ia sekaligus mengesahkan khabar angin mengenai kesahihan berita mengenai kehamilan penyanyi popular itu.
Menerusi CBSNews, Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Fenty di dalam satu temubual bersama British Vogue pada tahun 2020 mendedahkan dia berhasrat untuk memiliki empat cahaya mata pada usianya 42 tahun.
Bintang yang terkenal dengan lagu Diamond itu difahamkan menjalin hubungan rapat dengan bintang rap yang sebaya usianya itu lewat tahun 2020, lapor People menerusi PageSix.
Mereka bagaimanapun sudah saling mengenali sejak sekian lama malah A$AP atau nama sebenarnya, Rakim Athelaston itu pernah menjadi penyanyi pembukaan ketika siri jelajah Diamonds World Tour pada tahun 2013.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Usahawan dan hos, Neelofa menyatakan rasa gembira dan teruja apabila program bual bicaranya, Next To Neelofa mendapat reaksi baik para penonton.
Menampilkan Datuk Hans Isaac sebagai jemputan pertama menerusi program yang disifatkan eksklusif itu, Neelofa juga jujurnya tidak mampu menyembunyikan rasa bimbang.
Ini kerana, pengisian serta mood yang ditampilkan cukup berbeza dengan rancangan hiburan yang pernah dikenadalikan sebelum ini.
“Memang rasa berdebar dan kecut perut juga. Perasaan itu berbeza dengan mengacara program MeleTOP.
“Tapi Alhamdulillah, untuk episod pertama pada malam Khamis lalu, saya rasa bersyukur dan berpuas hati.
“Malah bila dapat tahu siaran episod pertama menjadi trending, ia membuatkan saya rasa bersyukur. Setidak-tidaknya, pembaharuan yang saya terapkan mendapat reaksi yang baik,” katanya kepada MH.
Neelofa pada masa sama turut mengakui, program yang bakal bersiaran sebanyak 12 episod ini masih lagi menjalani penggambaran.
“Apa yang boleh dikatakan, setiap episod ada vibe dan energy yang berbeza. Tetamu jemputan juga berkongsi cerita eksklusif dan ia merupakan sesuatu yang berbeza.
Tujuan program ini untuk memberi kata-kata positif dan inspirasi kepada penonton,” ujarnya yang turut menyifatkan setakat ini, temu bualnya bersama penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi antara memori paling bermakna.
Next To Neelofa menampilkan tetamu undangan VIP yang terdiri daripada personaliti ternama tanah air dan figura berpengaruh dalam bidang masing-masing.
Berdurasi selama 60 minit, Next To Neelofa bersiaran pada setiap hari Khamis, jam 9.00 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Vokalis kumpulan U.K’s, Amir mendedahkan dirinya tidak mempunyai hak untuk melarang mana-mana pihak yang ingin menubuhkan kumpulan lain dengan menggunakan nama U.K’s.
Menurut Amir atau nama sebenarnya, Mohd Azmir Muhammad Yusof, para peminat bijak menilai untuk membezakan kumpulan U.K’s yang sebenar.
“Beginilah saya simpulkan, terus terang saya katakan saya tiada daya untuk nak menghalang mereka-mereka ini untuk mewujudkan U.K’s yang lain selain daripada yang saya anggotai.
“Saya tiada hak nak melarang. Jadi, sekarang ini, apa yang saya fikirkan adalah peminat boleh menilai sendiri. Biarlah peminat yang memberikan penilaian.
“U.K’s yang lain itu memang mereka ada buat persembahan juga tetapi dimana tempatnya? U.K’s Reunion 25 tahun pula di mana? Mereka boleh bandingkan,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu, Seksa ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert U.K’s Reunion 25 Tahun yang berlangsung di Premiera Hotel pada Khamis.
Malah, Amir turut mendedahkan, komposer tersohor yang banyak mencipta lagu-lagu hits U.K’s, Saari Amri juga merasakan kumpulan-kumpulan lain masih belum layak untuk membawakan lagu-lagu ciptaannya.
“Saya tiada hak nak melarang mereka untuk menyanyikan lagu U.K’s. Malah, Saari Amri juga tiada kuasa. Cuma dia boleh kata, mereka ini tak layak nak menyanyikan lagu-lagu dia.
“Sebenarnya Saari sangat tak bersetuju mereka ini menyanyikan lagu U.K’s. Dia juga tidak suka nama kumpulan ini diperkotak-katikkan dan dibawa ke tempat yang bukan-bukan.
“Bila menyanyi pun sekadar cincai-cincai. Bila part tinggi je hulur mic. Perkara macam ini yang merosakkan imej dan nama U.K’s itu sendiri. Biarlah mereka dengan cara mereka. Satu sahaja soalan saya, ke mana mereka nak pergi?
“Macam U.K’s, kami dah buktikan yang kami akan ke Istana Budaya. Para peminat nak dengarkan suara saya. Agak kelakar la bila mereka buat show tapi nyanyi lagu U.K’s. Untuk apa lagi mereka nak memperjuangkan nama U.K’s ini?,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Amir menzahirkan rasa teruja apabila U.K’s diberikan pengiktirafan buat pertama kali untuk mengadakan konsert berskala mega di Istana Budaya bersempena ulang tahun penubuhan kumpulan tersebut yang ke-25.
Konsert reunion ini juga bakal memberikan penghormatan kepada Saari Amri yang telah menaikkan nama U.K’s menerusi karya-karya agungnya.
Konsert berdurasi selama dua jam setengah ini bakal menghimpunkan sebanyak 25 buah lagu hits U.K’s.
Selain Amir, konsert ini juga bakal menggabungkan semula ahli-ahli asal U.K’s iaitu Rozdeni Toni (Denil), Saleh Alias (Olley) Amiruddin Syarif (Amirul) dan turut dibantu pemain gitar jemputan Mus Satira.
Tiket kini sudah mula dijual bermula harga RM111, RM333, RM555, RM777 dan RM999 menerusi laman web ilassotickets.com.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!