“Tahniah Anak Mama,” – Nourul Depp Bangga Anak Sulung Sukses Raih Anugerah Dekan Di UNIMAS

Share

Penyanyi, Nourul Depp sekali lagi meluahkan rasa bangga apabila anak sulungnya, Ayu Nazirah mendapat anugerah dekan dalam jurusan Zoologist dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Perkara itu dikongsikan Nourul di Instagram miliknya.

Proud mama. Tahniah anak mama for this dean award!

“And to all the future zoologists! You have great responsibilities to conserve, preserves and to educate the rest of the world about world and Animal. We need that.

“Keep up the good work,” pesan bintang yang sinonim menerusi lagu Kerana Terluka ini.

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata peminat gembira atas kejayaan yang diperoleh gadis 22 tahun itu.

Sebelum ini, Nourul menerusi platform sama turut menyatakan rasa bangganya terhadap Ayu yang mendapat anugerah sama buat kali keempat.

Untuk pengetahuan, Ayu merupakan zuriat hasil perkahwinan terdahulu bersama komposer Ajai yang dikahwini sekitar Disember 1996 kemudian berpisah pada Februari 2007.

Nourul kini bahagia harmoni bersama suami, Eric Depp dan setakat ini, pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp.

Foto: Instagram Nourul Depp, Ayu Nazirah

Published by
Amynur Akmal