Penyanyi dan pelakon, Fareez Fauzi berkongsi khabar gembira selepas memaklumkan isteri, Tyqa Wahab telah selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada tanggal 26 Oktober.
Menurut Fareez, dia sememangnya berasa amat bersyukur kerana segala urusan isterinya sewaktu melahirkan bayi tersebut telah pun dipermudahkan dan berjalan dengan lancar tanpa sebarang komplikasi.
“Alhamdulillah pada 26/10/2021. Wife saya telah selamat melahirkan putera sulung kami Farrel.
“Thank you to my family banyak membantu, kawan-kawan dan semua yang mendoakan baik-baik untuk family saya,” tulisnya.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh anak kepada pelakon, Fauzi Nawawi itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Malah, penyanyi lagu, Sedar ini turut memaklumkan dia dan isteri telah pun bersetuju untuk menamakan anak mereka itu Farrel.
Dikesempatan itu juga, Fareez turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang telah pun menitipkan doa buat isteri dan anaknya itu.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menzahirkan rasa teruja selain turut mendoakan semoga Farrel membesar menjadi anak yang soleh.
“Semoga menjadi anak yang baik.
“Tahniah, bapak-bapak dah sekarang
“Comelnya baby. Semoga membesar dengan sihat ye dan menjadi anak soleh.
“Alhamdulillah, tahniah Fareez dan isteri. Semoga menjadi anak yang soleh. Selamat berpantang buat isteri.
“Welcome to the world Farrel sayang. Semoga awak sihat dan membesar dengan cerdas. Semoga wife Fareez sihat dan dilindungi daripada penyakit berbahaya,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Fareez dan Tyqa telah pun mendirikan rumah tangga mereka oada tanggal 20 Desember tahun lalu.
Sekadar informasi, nama Fareez mula dikenali sewaktu dia menjuarai program nyanyian Mentor Milenia pada tahun 2016.
Sumber: Instagram Fareez Fauzi