Ceria Megastar Akhir malam tadi menyaksikan Kowachee, 11, muncul juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM25,000 berserta trofi.
Bintang cilik ini turut memenangi baucar bernilai RM1,000 tajaan Legoland dan pingat ‘star of the Week’.
Remaja kelahiran Selangor itu mempersembahkan tarian memukau menerusi lagu Tokyo Drift dan Dhoom yang dilakukan secara remix.
Tempat kedua dimenangi Nana yang menyampaikan lagu Say Something ( A Great Big World ft. Christina Aguilera) dan Roar (Katty Perry).
Ads
Penyanyi berusia 14 tahun itu membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 berserta trofi.
Tempat ketiga pula dimenangi Adinda yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta trofi kemenangan.
Ads
Ija, diumumkan sebagai pemenang tempat keempat, membawa pulang trofi bersama wang tunai RM5,000.
Ads
Bersiaran selama lapan minggu, Zizan Razak dan Ernie Zakri bertindak sebagai juri profesional sementara Datuk AC Mizal diundang sebagai juri jemputan di malam final.
Sebanyak 60 peratus keputusan daripada juri profesional sementara 40 peratus pula ditentukan oleh undian peminat.
Pentas akhir Ceria Megastar yang dihoskan Nabil Ahmad bersiaran secara langsung di Astro Ceria (611), Astro Ceria HD (631) yang turut ditayangkan serentak di Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pempengaruh media sosial dan usahawan muda, Tyra Kamaruzzaman mengakui tidak kekok atau janggal biarpun perlu bekerja di bawah satu bumbung dengan bekas teman lelaki, Aazief Khalid yang juga anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menurut Tyra, 23, meskipun hubungan mereka sudah putus sejak empat tahun lalu, masing-masing tahu membezakan soal kerja dan peribadi.
“Dah lama dah sebenarnya, dah empat tahun dah (putus). I think if you learn how to let go of the past, sangat senang untuk bekerja dengan someone yang you had a past with.
“Even though things did not work out between me and Aazief, we keep it professional. Pada saya, kerja adalah kerja, hal peribadi yang dah lepas, biarkan berlalu.
“Kita pun dah besar dan kami pun tahu ini soal kerja. Setiap hari pun memang kami jumpa satu sama di pejabat, bekerja dengan Aazief sangat senang,” kata Tyra kepada MH ketika ditemui pada majlis pelancaran terbaharu produk Beautyra X Disney Princess di Lightbox, Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini.
Bercakap mengenai kolaborasi tersebut, Tyra berkata dia sangat berbesar hati apabila jenama antarabangsa seperti Disney mahu menjalinkan usahasama dengan produk yang diusahakannya.
“Sudah pasti saya berasa terharu dapat bersama-sama dengan Disney untuk kolaborasi ini. Dari kecil lagi, saya memang minat dengan watak-watak yang ada dalam Disney.
“Untuk produk lip tint dan maskara ini memang saya sengaja pilih watak-watak kegemaran saya seperti Mulan, Pocahontas dan Jasmine untuk koleksi kali ini.
“Harapnya kolaborasi ini akan dapat menambat hati ramai di luar sana,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Tyra Kamaruzzaman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Fasha Sandha mengumumkan perkhabaran sedih menerusi entrinya yang dikemas kini menerusi Instagram apabila dia memberitahu telah alami keguguran.
Perkongsian tersebut telah dibuat pelakon Patah Sayap Bertongkat Paruh itu kira-kira sejam lalu.
Sejurus berkongsi hal tersebut, Fasha dilihat turut meminta maaf kepada suami tercinta, pelakon Aidil Aziz.
“Ibu mintak maaf suamiku tercinta , Rayfal dan Jemyma sayang. Sebelum cuti beraya, doktor dah pesan,untuk banyakkan berehat, jangan terlalu lasak2.
“Ibu tak dengar cakap doktor untuk jangan banyak bergerak masa raya ni, ibu naik turun keretapi, naik turun kapal terbang, jalan laju2 , buat kerja ,sampai selalu terlupa ada baby kecil dalam perut ibu.
“Ibu terlalu aktif sampai lupa kandungan awal ibu perlukan ibu banyak berehat. Ibu tau ibu bukanlah ibu yang terbaik,” tulisnya.
Pada masa sama, Fasha turut menitipkan sesuatu terhadap para peminatnya.
“To my dear followers, Thank you for all your well wishes on my pregnancy. I’m deeply saddened to tell you I’ve miscarried.
“Doakan supaya kami kuat dalam melalui ujian ini. @itsaidilaziz kita teruskan berdoa dan usaha, semoga kita ada rezeki lagi dimasa akan datang. InsyaAllah kita akan lebih kuat #aidilfasha.
“Terina kasih Allah kerana telah menumpangkan ‘Anak Syurga’ ini dalam rahimku, walaupun hanya untuk seketika,” kongsi Fasha sambil disusuli dengan tanda palang #Allahisthebestplanner #redha #anakSyurgaibuAyah.
Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Susulan pendedahannya malam tadi, penyanyi dan pelakon Bella menjelaskan dia memerlukan masa untuk memaafkan pelakon wanita yang sebelum ini didakwa pernah cuba untuk merapati suaminya, Aliff Aziz.
Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah berkata sebagai manusia, ia mengambil masa untuk melupakan namun mahu terus memandang ke hadapan terhadap apa yang terjadi.
“Saya ini hanyalah manusia biasa. Mungkin proses ini mengambil masa perlahan-lahan. Yang kejadian sebelum-sebelum ini pun saya dah maaf dan lupakan.
“Mungkin ini kuasa Allah. Saya tidak simpan perasaan dendam dan benci. Cuma kejadian yang terbaru ini saya tak boleh terima.
“Sebagai orang industri, mungkin dia pun tahu apa yang pernah kami lalui. Dia sepatutnya lebih berhati-hati,” katanya.
Bella yang kini sedang bersaing menerusi program realiti, Famili Duo bersama Wany Kayrie turut memberitahu gandingan suaminya bersama pelakon berkenaan juga adalah yang pertama dan terakhir.
“Apapun, Aliff sudah bersetuju untuk tidak lagi bekerjasama dengan pelakon tersebut. Mereka ada sebulan lagi untuk habiskan penggambaran. Aliff pun ajak saya datang ke set kalau ada kelapangan,” katanya lagi.
Terdahulu, Bella merungkai persoalan mengenai status Insta Storiesnya sebelum ini yang menyentuh mengenai perilaku seseorang yang sekali gus merupakan ‘amaran’ buat individu terbabit supaya tidak lagi behenti menggangu suaminya.
Antara lain, ibu kepada dua cahaya mata itu di dalam pengakuannya turut mendakwa wanita tersebut juga kerap menghubungi suami dalam satu masa.
“Bila hari-hari ada missed call tujuh hingga lapan kali, rasanya itu tidak perlu. Pada mulanya, saya tak tahu itu nombor siapa. Bila saya minta nombor individu tersebut daripada rakan artis, rupanya memang nombor yang sama.
“Rasanya individu tersebut pun sedar yang saya dah tahu. Saya sendiri pernah berlakon dengan suami orang tapi tak pernah pun berhubung selepas waktu kerja.
“Kalau telefon sekali dua, saya faham lagi. Tapi kalau tujuh lapan kali, saya tak nampak sebabnya,” katanya.
Bella bagaimanapun mendedahkan wanita tersebut juga ada menghubungi dan memohon maaf selain mengakui dirinya bodoh kerana tersuka kepada bintang asal Singapura itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...