Barisan 12 lagu yang berjaya ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) telah pun diketahui malam tadi dan rata-rata peminat memberikan reaksi dan pandangan masing-masing.
Malah, ada juga yang memberi reaksi terhadap persembahan para penyanyi yang membuat persembahan dalam siangan ketiga Semi Final Muzik-Muzik 35 (SFMM35).
Antaranya yang mendapat perhatian peminat ialah persembahan daripada Aina Abdul menerusi lagu Semalam.
Tampil berseorangan di atas pentas ketika mengalunkan lagu ciptaannya sendiri itu, penampilan Aina nyata mencuri pandang dengan alunan vokal yang baik.
Malah menerusi video persembahnnya yang dimuat naik di saluran YouTube TV9 Malaysia Offcial, rata-ratanya memuji nyanyian Aina dan menyambut baik pemilihan lagu berkenaan untuk sama-sama bersaing di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35).
Selain Semalam, ini 11 buah lagu lagi yang turut layak ke AJL35 yang bakal berlangsung pada 7 Februari depan;
Belenggu Rindu – Datuk Jamal Abdillah & Wany Hasrita
7 Nasihat – Shiha Zikir, Kmy Kmo & Luca Sickta
Hati – Hael Husaini
Peluang Kedua – Hael Husaini
Hutang – Floor 88
Kau Sakiti – Amir Masdi
Gundah – Ernie Zakri
Gila – Kaka Azraff, Noki & Tuju
Jangan Khianati Aku – Azlan & The Typewriter
Eh – Zizi Kirana
Aku Bidadari Syurgamu – Aishah
Kesemua lagu yang layak diadili juri-juri profesional yang dibarisi Ajai, Edrie Hashim, Datuk Mokhzani Ismail, Helen Yap, Fauzi Marzuki, AG Coco dan diketuai oleh Azmeer.