“Tahniah Boleh Bawa Main Bola Nanti,” – Sari Yanti Selamat Bersalin Bayi Lelaki, Jep Sepahtu Bersyukur

Share

Tahniah diucapkan kepada pelawak, Jep Sepahtu dan isterinya yang juga pelakon, Sari Yanti yang selamat menimang cahaya mata ketiga.

Berita gembira itu dikongsikan Jep menerusi Instagram miliknya pada Sabtu.

“Subahanallah… Syukur Alhamdulillah. Tq sayang,” tulisnya sambil mendedahkan jantina anak ketiga mereka, iaitu lelaki.

Perkongsian Jep turut mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan peminat yang tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah buat pasangan selebriti itu.

Untuk rekod, mereka mendirikan rumah tangga pada Februari 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Dariya Inara, 3, dan Muhammad Khidir yang kini berusian lapan bulan.

Hasil perkahwinan terdahulu, Sari turut mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 11, dan Baasit Al Haq, 10.

Foto: Instagram Jep Sepahtu

Published by
MH