Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon dan penyanyi Erra Fazira ada memuat naik beberapa keping foto bersama dengan rakan pelakon, Datuk Awie.
Erra dilihat memberi hadiah istimewa kepada Awie bersempena dengan ulang tahun kelahiran aktor terkenal itu.
Pada masa sama, Erra turut menitipkan ucapan dan tahniah buatnya dan isteri yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
“Hadiah belated birthday kpd kekanda yg budiman @awieofficial.
“Alhamdulillah segala onak duri berjaya ditempuh hingga menjadikan kekanda Dt ew@awieofficial satu nama besar di persada seni tanahair, Alhamdulillah.
“Tahniah buat Dt n Datin yg bakal menimang cahayamata tak lama lagi. Semoga seisi keluarga sentiasa dalam rahmat Allah., berjaya dan bahagia zahir batin, dunia akhirat.
“Jangan lupa gunakan set penjagaan rambut dari @faithfleurhq tau, sgt bagus utk masalah keguguran,” tulisnya.
Foto : Instagram Erra Fazira
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pak Limra Telah Kembali Kepada Pencipta, Al-Fatihah
Pelakon Zulkifli Ismail, berkongsi berita dukacita apabila pelakon veteran, Ramli Mohammad atau lebih dikenali sebagai Pak Limra telah pergi mengadap Illahi.
Perkongsian tersebut dibuatnya menerusi Instagram.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Pelakon Ramli Mohammad atau lebih dikenali sebagai Pak Limra telah kembali ke rahmatullah semalam.
“Salam takziah buat keluarga Allahyarham,” tulisnya.
Sementara itu menerusi artikel Harian Metro, pelakon berusia 81 tahun berkenaan meninggal dunia di Hospital Kajang, Selangor akibat sakit tua, malam tadi.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang selepas Zohor, hari ini.
Allahyarham hidup di zaman Tan Sri P Ramlee dan pernah memegang watak sampingan dalam filem arahan seniman agung itu.
Foto : Instagram Zulkifli Ismail dan Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tahniah! Nina Iskandar Selamat Lahir Cahaya Mata Sulung
Pelakon dan usahawan Nina Iskandar telah selamat melahirkan cahaya mata sulung sebentar tadi jam 9:25 pagi tadi.
Berita gembira itu dikongsikan pemilik nama penuh Nur Akmarlina Iskandar di Instagramnya.
“You were supposed to be my 2020, but I believe Allah has better plans. Assalamualaikum & welcome to the world, my child. In this Dunya everything is temporary, and although sometimes I too forget that it shouldn’t fill the void inside us.
“I hope that with your presence it will remind us together. And no matter in Dunya or Akhirah, you are a blessing and an incredible gift from Allah SWT, who gave me my cherished title of ‘Mother’.
“You’re my responsibility now, and I pledge with all my life I will protect you and take care of you for as long as I’m still breathing. 9.25am, 23rd December 2019 marks the birth of my first born child. Alhamdulillah. #AmanahDuniaAkhirat,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Nina Iskandar 🇧🇳 (@ninaiskandar) on
Menerusi foto tersebut, Nina saling memandang ke arah bayinya itu dan turut dihujani komen tahniah.
Bagaimanapun, Nina masih belum mendedahkan jantina dan wajah penuh permata sulungnya itu.
Untuk rekod, Nina telah mendirikan rumah tangga bersama penolong pengarah, Azlan Adzanan pada April lalu dan pasangan ini telah melangsungkan majlis resepsi pada 4 Ogos lalu di Forest Valley, Cheras.
Foto : Instagram Nina Iskandar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selepas Hantar Ke Pusat Jagaan Orang Tua, Mariah Carey Jual Rumah Ibunya Kerana Sudah Lama Terbiar
Jangan salah sangka dengan menyatakan penyanyi hebat ini kejam orangnya, dia bukanlah menghantar ibunya, Patricia Carey, ke pusat jagaan orang tua yang biasa. Sebaliknya, pusat jagaan orang tua tersebut merupakan sebuah pusat jagaan bertaraf lima bintang lengkap dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan yang terletak di West Palm Beach, Florida.
Memetik laporan The New York Post, pusat jagaan tersebut menelan belanja bayaran bulanan sebanyak USD 5’400 atau kira-kira RM22,000. Bayaran tersebut merangkumi sarapan dan makan malam termasuklah pelbagai aktiviti seperti kelas senaman, kolam renang, pengangkutan dan juga khidmat pembersihan bilik mingguan.
Berusia 84 tahun, ibu kepada penyanyi lagu My All ini sudah terlalu tua untuk menguruskan rumahnya sendiri. Setelah menghantar ibunya ke pusat jagaan tersebut, rumah yang selama ini diduduki ibunya terbiar begitu sahaja tanpa jagaan. Oleh itu dia mengambil keputusan untuk menjualnya.
Menurut laporan The New York Post lagi, rumah tersebut dibeli oleh Mariah Carey pada tahun 1994 untuk ibunya pada harga USD419’000. Terletak di North Salem, New York rumah itu telah pun mempunyai pembeli selepas tiga minggu disenaraikan untuk jualan pada Julai lalu.
Terjual pada harga USD757’444 lebih USD250’000 berbanding harga asal. Rumah bersaiz sederhana itu memiliki empat bilik tidur dan tiga bilik air.
Tindakan Mariah menghantar ibunya ke pusat penjagaan jauh dari rumahnya bersebab.
Ini bukanlah perkara baharu, menurut sumber hubungan ibu dan anak ini renggang sejak tahun 2001 apabila ibunya menelefon 911 selepas Carey didakwa mengalami kesihatan mental ketika jelajah promo untuk filem “Glitter.” Namun begitu dia tidak mengabaikan tanggung jawab sebagai anak dalam menyediakan keperluan kepada ibunya.
Selain itu hubungan di antara Mariah Carey dan keluarganya lebih tegang apabila kakak dan abangnya bertindak menyaman diva tersebut ekoran penerbitan buku memoir ‘The Meaning of Mariah Carey’. Dalam laporan The Guardian, mereka menyatakan kandungan yang ditulis di dalam buku tersebut tidak benar dan berunsur fitnah sehingga menyebabkan tekanan emosi.
Dalam satu temubual bersama Oprah Winfrey sejurus pelancaran bukunya itu, penyanyi tersebut menyatakan yang dia tidak akan bertindak begitu jika bukan disebabkan keluarganya. Ucap ibu kepada dua cahaya mata ini, “Saya tidak akan ke bertindak begitu sekiranya saya tidak dilayan seperti mesin ATM yang memakai rambut palsu.”
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI