Persembahan memukau yang dibawa Cliff Umar pada pentas akhir melayakkan beliau dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) malam tadi.
Menerusi persembahan konsisten dalam pusingan akhir, saingan pentas akhir sebentar tadi menyaksikan vokalis kumpulan Project Pistol menewaskan enam bintang lain menerusi pusingan solo, duet dan battle.
Kemenangan itu membolehkan beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000, berserta Anugerah Power Miaw secara autotmatik.
Naib juara pula disandang oleh Mus dan sekali gus melayakkannya untuk menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan piala.
Tempat ketiga dimenangi Ayu Damit yang membawa pulang wang tunai RM30,000, sementara Noraniza Idris dan Linda Nanuwil masing-masing tempat keempat dan kelima.
Mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000 dan RM15,000.
Oja pula ditempat keenam dan Ashira tidak pulang dengan tangan kosong, akur di kedudukan terakhir dengan wang RM5,000.
Pentas akhir GV2019 diadili juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim bersama dua juri jemputan, Datuk Syafinaz Selamat dan Joe Flizzow.
Program realiti hiburan tahunan yang dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse itu disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
GV sebelum ini telah menobatkan Ayai Ilusi, Siti Nordiana, Azharina, Aishah, Noryn Aziz, Naqiu serta Hadi Mirza sebagai juara musim terdahulu.
GV2020 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI