Pasangan selebriti Datuk Fizz Fairuz dan isterinya, Datin Almy Nadia selamat menimang cahaya mata ketiga jam 11.25 malam tadi.
Bayi perempuan itu dilahirkan dengan berat 3.31 kg.
Momen indah tersebut telah dikongsikan Fizz menerusi akaun Insgtaramnya, menerusi posting terbaru.
“Alhamdulillah, isteri saya dh selamat bersalin anak no 3 kami.. Terima kasih atas semua yg mendoakan,” tulis Fizz.
Terdahulu, Fizz menemani Almy sebelum proses bersalin dan tenang menyanyikan lagu Ekor Harimau sebagai tanda memberi sokongan dan semangat.
Untuk rekod,Fizz dan Almy berkawin pada Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Nur Afrina Arianna, 3, dan Nur Afirna Aurora, 2, serta anak angkat, Nur Afrina Darwisya, 9 tahun.
Foto: IG Fizz Fairuz