Tahniah diucapkan buat Datuk Seri Eizlan Yusof yang telah selamat bergelar suami kepada Natasha Rosa Boudville dengan sekali lafaz.

Pasangan tersebut diijabkabulkan di The Glass Suite, Boraombak Marina, hari ini kira-kira jam 3.28 petang tadi dan dinikahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Ajib Ismail.

Pada majlis yang dihadiri rakan taulan dan media itu, pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan sebentuk cincin berlian, selain wang hantaran RM12,121.90.

IKLAN

Natasha yang memeluk Islam sekitar Ogos tahun lalu itu turut menerima lima dulang hantaran, berbalas tujuh.

Tahniah! Dengan Sekali Lafaz, Datuk Seri Eizlan Yusof Selamat Bergelar Suami

IKLAN

Tahniah! Dengan Sekali Lafaz, Datuk Seri Eizlan Yusof Selamat Bergelar Suami

Sebelum diijabkabulkan, bintang berusia 48 tahun itu turut diarak menyeberangi tasik Marina Putrajaya dengan menaiki bot diiringi pegawai tertinggi dan bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

IKLAN

Sementara itu, majlis resepsibakal dilangsungkan di Ballroom, BoraOmbak Marina Putrajaya, pada Jumaat jam 8.30 malam.

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/3048624955363365/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI