Terbaru, penyanyi Sufian Suhaimi telah berkongsi berita gembira bersama peminatnya di akaun Instagram miliknya.
Kongsi Sufian, muzik video lagu Dimatamu kini telah diiktiraf oleh ‘Malaysia Book Of Records’ hari ini setelah meraih lebih 50 juta tontonan di YouTube.
Menurut sumber laman sesawang ‘Malaysia Book Of Records’, muzik video lagu Dimatamu itu merupakan sebuah muzik video yang meraih tontonan tertinggi di YouTube bagi kategori muzik video lagu Bahasa Malaysia.
Lantas, penyanyi yang berusia 27 tahun itu berasa terharu dengan sokongan daripada peminatnya yang tidak henti-henti menyokong kerjayanya sebagai anak seni.
“SUFIAN SUHAIMI DIIKTIRAF DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS”
“Alhamdulillah atas pengiktirafan ini. Terima kasih kepada sahabat @sirkhandanial dan @ibnu_rinkarnaen yang berhempas pulas mencipta lagu sedih #DiMatamu yang cukup dekat dengan pendengar muzik Malaysia.”
“Sesungguhnya Allah itu maha adil. Adil meletakkan kebahagiaan dalam bentuk berbeza dan tak disangka. Buat keluarga, sahabat, peminat dan seluruh yang mengenali saya, semoga kebaikan kalian dibalas dengan kebaikan. InsyaAllah satu sidang media akan diadakan untuk berita baik ini.”
“Jemputan akan diedarkan kepada rakan media. Terima kasih semua. Terima kasih Allah. . @encikdanny : @firzhafizsabrand .#sufiansuhaimi #dimatamu#malaysiabookofrecords@ariesmusicpro @sirkhandanial@ibnu_rinkarnaen@malaysiabookofrecords”tulisnya.
https://www.instagram.com/sufiansuhaimi_/p/BwlZh6WF4w3/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=k019uxz2467i
Lalu, peminat telah mengucapkan tahniah kepada Sufian atas kejayaan yang dimilikinya.
Foto : Instagram Sufian Suhaimi