Tahniah diucapkan buat pelakon dan ahli perniagaan, Datuk Seri Eizlan Yusof yang telah pun mengumumkan dirinnya bakal bernikah dengan wanita keturunan Serani dikenali sebagai Natasha Rosa Boudville.
Majlis akan dilangsungkan pada 12 Disember depan.
Memetik Harian Metro, Eizlan memaklumkan majlis perkahwinannya dengan wanita mualaf berusia 29 tahun itu akan berlangsung selama empat hari hasil bantuan dan tajaan rakan terdekat.
“Asalnya kami mahu buat majlis dalam kalangan keluarga dan rakan terdekat. Apabila jumpa beberapa kawan sebelum ini, mereka sendiri mahu masuk tajaan dan saya bersyukur ada rakan yang prihatin.
“Saya cuma uruskan soal hantaran dan urusan yang wajib. Tapi merekalah berusaha menguruskan persiapan lain yang besar termasuklah keseluruhan perjalanan majlis,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, pada Isnin.
Ads
Bagaimanapun, Eizlan memberitahu jumlah sebenar kos perkahwinannya itu tidak diketahuinya sehingga sekarang.
“Mengenai kos saya sendiri tidak tahu disebabkan rakan rahsiakan daripada jumlah itu. Tidak pasti kalau cecah RM2 juta seperti khabar angin yang tersebar,” katanya seperti yang dipetik.
Eizlan turut berkongsi, beliau sudah mengenali Natasha kira-kira empat tahun lalu dan gembira apabila anaknya turut selesa serta merestui keputusan mereka.
Ads
“Kehadirannya membuatkan hidup saya sangat gembira. Sifatnya yang prihatin dan rapat dengan anak menyebabkan saya memutuskan untuk mengahwininya,” katanya.
Bulan lalu, Harian Metro turut melaporkan bintang itu enggan berkongsi lanjut mengenai desas-desus yang mengatakan dirinya bakal mendirikan rumah tangga bulan ini.
Ads
Eizlan pada masa sama juga meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi.
Malah, dirinya juga bertindak mengunci mulut dan enggan mengulas mengenai gosip kononnya majlis perkahwinan yang bakal berlangsung mendapat tajaan RM2 juta.
Terdahulu, Eizlan yang berkahwin dengan Vie Shantie Khan pada 2007, bercerai talak satu pada Februari 2015 lalu. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, 11, Zareef Yusof, 9, dan Vie Zaalia, 6.
Sumber/Foto: Harian Metro, IG Mahligai Cinta & Official HLive
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seorang ‘instafamous’ ditahan kerana disyaki terbabit dalam kejadian tular pondan menari separuh bogel dan pembakaran bunga api bagi sambutan rumah terbuka Aidilfitri di Centralwalk I-City, Shah Alam, Jumaat lalu. di sini.
Memetik Berita Harian, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, dalam datu kenyataan berkata, tangkapan ke atas suspek susulan laporan polis dibuat Badan Pengurusan Bersama (JMB) I-Soho I-City.
“Penganjur (suspek) dikenali dengan panggilan Cik Lala adalah individu yang menyewa unit terbabit dengan kos RM4,000 untuk Majlis Hari Raya dengan jemputan kira-kira 50 orang kenalannya.
“Siasatan mendapati, tarian oleh penari pondan separuh bogel dan pembakaran bunga api itu adalah dianjurkan oleh penganjur sendiri.
“Suspek ditahan semalam dan direman sehingga 31 Mei untuk siasatan lanjut. Polis juga sedang dalam tindakan untuk melakukan beberapa lagi tangkapan,” katanya.
Mohd Iqbal berkata, pihak JMB membuat laporan polis 28 Mei lalu selepas mendapat ‘WhatsApp’ mengenai aktiviti tarian separuh bogel oleh penari pondan dan pembakaran bunga api di dewan UG di Central Walk I-City.
“Mengikut pihak terbabit, perlakuan itu boleh menjatuhkan imej I-City sebagai satu tarikan daripada pelancong di Selangor.
“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku pada 27 Mei sekitar jam 8 hingga 11.30 malam di Dewan Unit B-Ug-12 Upper Grand Floor Central Walk I-City.
“Sekumpulan lelaki pondan membuat tarian separuh bogel diikuti bunyi muzik yang kuat serta terdapat pembakaran bunga api di kawasan awam berhampiran rumah penduduk.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 Akta Bahan Letupan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya.
Terdahulu, tular beberapa video pondan menari dalam keadaan separuh bogel dan pembakaran bunga api.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kebiasaannya, potensi untuk mendapatkan semula telefon bimbit yang telah dicuri sememangnya agak tipis.
Malah, mereka yang menjadi mangsa kecurian ini juga selalunya akan mudah berputus asa dan membiarkan sahaja perkara tersebut berlaku kerana menyifatkan segala usaha mereka bakal menjadi sia-sia.
Namun, berbeza pula kisahnya buat selebriti media sosial, Mekyun apabila dia berjaya medapatkan semula telefon bimbitnya yang telah dicuri sejak tiga hari yang lalu.
Jelas Mekyun atau nama sebenarnya, Wee Yun Nee, lokasi telefon bimbitnya itu telah berjaya dikesan dan dia turut membawa pihak polis ke lokasi tersebut.
“Telefon bimbit Mekyun kena curi tiga hari lalu. Semalam dapat kenal pasti lokasi telefon. Memang silap orang la dia nak curi telefon.
“Terus bagi balik telefon Mekyun lepastu. Jadi, selepas ini fikir dua kali sebelum nak curi telefon orang okay,” tulisnya.
Kisah itu dikongsikan sendiri oleh Mekyun menerusi beberapa hantaran di ruangan Instagram stories.
Katanya lagi, pencuri yang tinggal di sebuah kawasan perumahan itu telah menyerahkan semula telefon bimbit kepunyaannya setibanya mereka di sana.
Dalam pada itu, Mekyun yang terkenal kerana fasih bertutur didalam dialek Kelantan ini turut merakamkan ucapan penghargaan buat kedua ibu bapanya yang setia menemaninya sepanjang proses siasatan berlangsung.
“Terima kasih kepada keluarga terutamanya kedua ibu bapa saya kerana sentiasa berada bersama saya sepanjang seluruh siasatan berlangsung,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, Mekyun merupakan antara influencer yang aktif di aplikasi TikTok dan Instagram kerana sering berkongsi pelbagai jenis kandungan video kreatif sama ada tentang dirinya, keluarga mahupun kisah-kisah anak muda masa kini.
Setakat ini, Mekyun telah mempunyai jumlah pengikut lebih 200,000 di Instagram manakala di aplikasi Tik Tok pula, pengikutnya telah pun mencecah hampir 650,000.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...