Tahniah diucapkan pelakon, Eyra Hazali telah selamat bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Haziq Nadzli kita-kira jam 9.35 malam tadi dengan sekali lafaz.
Eyra atau nama lengkapnya, Hazirah Qasdina Hazali dinikahkan bapa pengantin perempuan, Hazali Ramli, dengan disaksikan Abdul Jamel Jaafar, selaku Pendaftar Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di Masjid As-Syakirin KLCC.
Pada majlis berkenaan, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,001 bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11.
Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.
“Syukur Allhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancar. Sebelum dinikahkan, jujurnya saya gementar namun Allah permudahkan urusan kami.
“Banyak juga dugaan yang kami lalaui menjelang hari pernikahan. Satu persatu dugaan termasuklah tempat nikah. Sampaikan masjid ini adalah lokasi kedua yang kami tukar,” katanya.
Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 150 tetamu termasuk keluarga, kenalan rapat dan teman media.
Eyra menggayakan persalinan hasil rekaannya sendiri dan dijahit ibunya sendiri, Qhuzie Johari.
Terdahulu heroin drama Mr Grey itu mengikat tali pertunangan dengan Haziq pada 1 Disember tahun lalu.
https://www.instagram.com/p/B4Ux19RJ1B8/?igshid=15xtiavl8emkv
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI