Pelakon Farah Nabilah mengumumkan akan menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Memilih Mohamed Amirul Yunus sebagai pasangan hidup, Farah atau nama lengkapnya, Farah Nabilah Saipuddin akan mengadakan majlis pernikahan pada 20 Disember ini.

“Sifat kesabaran dia (Amirul) membuatkan saya jatuh hati pada dia yang sanggup menunggu saya selama tujuh tahun.

“Malah, keluarga dia juga sangat sayang kepada saya dan saya rasa selesa apabila bersama dengan mereka,” kata Farah kepada MH.

Dalam pada itu,bintang drama Cik Reen Encik Ngok Ngek ini mendedahkan detik perkenalan dengan bakal imamnya yang merupakan seorang juruterbang.

Ads

“Kami diperkenalkan kawan baik, Izara Aishah sejak tujuh tahun lalu. Pada mulanya saya jual mahal tetapi Amirul tidak berputus asa.

“Sebenarnya saya tidak perasan dia sudah mengikuti (follow) saya di Instagram dan lihat pekembangan saya, tetapi ketika itu Instagram saya dalam mood privasi,” kongsi Farah yang sudah siap membuat persiapan kahwin sebanyak 80 peratus.

Ads

Pasangan ini ditemui di Hotel Majestic, Kuala Lumpur siang tadi sempena pengumuman majlis perkahwinan mereka.

Memilih tarikh 28 Disember sebagai majlis resepsi (belah lelaki), manakala pada 5 Januari 2020 di sebelah perempuan.

Ads

Kedua-dua majlis akan diadakan di sekitar hotel Kuala Lumpur.

Terdahulu, Amirul telah datang merisik Farah di kediamannya pada awal tahun ini.

https://www.instagram.com/p/B38kZvznXoV/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI