Pelakon drama bersiri Rampas Cintaku, Fasha Sandha meluahkan rasa syukur di atas kejayaan drama tersebut yang berjaya mencapai lebih 100 juta tontonan sejak ia mula ditayangkan di platform iQIYI pada 23 September lalu.
Terharu dengan sambutan hangat yang diberikan, Fasha atau nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan, 38, menerusi laman Instagram miliknya berkata kejayaan drama tersebut adalah disebabkan pelbaga faktor seperti kisah penceritaan yang menarik, skrip serta keserasian barisan pelakon yang hebat termasuk promosi berterusan yang diberikan.
“Ini adalah satu pengiktirafan, buat kami yang bertungkus lumus dalam menjayakan drama ni.
“Berbaloi dan hilang rasa penat bila dapat tahu drama kita rating melebihi daripada target malah mendapat kejayaan.
“Kami berbangga sebab ini adalah drama lokal IQIYI Pertama di Malaysia @iqiyimalaysia.
“Syukur Alhamdulillah! Selain daripada kisah yang menarik, skrip yang padu, chemistry barisan pelakon, promosi juga memainkan peranan yang penting,” tulis Fasha di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga cahaya mata itu turut berpesan agar setiap pelakon tidak perlu berkira untuk terus mempromosikan mana-mana naskhah lakonan mereka agar ia mendapat sambutan penonton.
Namun, dalam berbuat demikian, ada ‘pantang larang’ yang perlu dijauhi agar tidak sesekali meletakkan ‘spoiler’ yang boleh ‘merosakkan’ klimaks kepada sesuatu penceritaan tersebut.
“Sebab tu sebagai seorang pelakon, jangan kedekut untuk mempromosikan karya produksi anda (behind the scenes) – tapi janganlah sampai tersilap posting dan terlebih sampai spoiler cerita tersebut.
Ads
“Cukuplah sebagai teaser/behind the scenes untuk bagi penonton excited nak tengok karya kita.
“Dan bila pihak produksi atau tv station bagi clips, rajin-rajin je repost, bukan merugikan kita pun, malah dapat mengigatkan followers kita sebab kadang-kadang depa (mereka) pun terlupa,” tulis Fasha lagi.
Ads
Selain Fasha, drama arahan Ejump Mohd itu turut dibintangi Zarul Husin dan Afieq Shazwan.
Ia mengisahkan tentang kisah gelap seorang lelaki muda yang jatuh cinta pada seorang ahli perniagaan kaya yang lebih berusia daripadanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon Safwan Nazri yang selamat menimang cahaya mata perempuan sulung pada lebih dua minggu lalu.
Memaklumkan berita gembira tersebut di Instagram miliknya, Safwan, 29, memanjatkan rasa syukur selepas isterinya berdepan ujian keguguran tahun lalu ketika kehamilan memasuki usia empat bulan.
“12/3/23. Satu perasaan yang tak pernah aku rasa selama ini! Syukur ya Allah! Terima kasih atas pinjamanmu ini.
“Terima kasih buat isteriku @lynakhairul untuk hadiah paling istimewa ini. I love you soo much.
“Perjalanan kami tak mudah. Hanya Allah yang tahu, but its all worth it waiting for you our rainbow baby!,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Menerusi hantaran sama, peserta Hero Remaja 2017 ini turut berkongsi nama permata hatinya itu.
Awal malam tadi, pelakon dan ushawan, Riz Amin ada berkongsi beberapa bahagian badannya yang mengalami kecederaan akibat kemalangan.
Difahamkan, pelakon KL Meroyan itu terjatuh selepas motosikal yang dinaiki kemalangan gara-gara brek secara mengejut.
“Saja nak cerita haha Pengalaman pahit lama x naik moto dok pusing2 area sini satu keta dah masuk simpang tekejut kita pun tekejut break cousin kat belakang pun tekejutla.
“Apa lagi…alhamduliah kami ok cedera ckit ja #budakbarunakbelajaq tapi harini dah ok mata pun x bengkak camtu dah hahahah,” tulisnya.
Suami kepada pelakon, Nadya Syahera iaitu Fizul Nawi ada memaklumkan isterinya itu mengalami keguguran anak kembar menerusi Instagram pada Isnin.
Tiada rezeki untuk timang permata hati kembar, Nadya seperti yang dipetik Harian Metro pula menjelaskan dirinya disahkan hamil kembar selepas membuat pemeriksaan pertama minggu lalu.
Bagaimanapun, doktor memaklumkan kandungannya mengalami masalah.
“Pada awalnya saya tak tahu pun sedang hamil tapi naluri hati saya kuat mengatakan saya sedang berbadan dua. Jadi, saya membuat pemeriksaan menggunakan kit ujian kehamilan.
“Menerusi ujian itu saya didapati positif. Kemudian baru saya pergi membuat pemeriksaan di dua klinik. Kedua-dua doktor memaklumkan usia kandungan yang baru berusia enam minggu itu mengalami masalah.
“Menurut doktor terdapat dua kantung tapi hanya satu saja yang masih ada dan kedudukannya tidak normal. Disebabkan tidak sedap hati saya nekad ke Hospital Pakar Wanita dan Kanak-kanak AVISENA, Shah Alam untuk membuat pemeriksaan lanjut.
“Alhamdulillah, sekitar jam 9.30 pagi tadi saya selesai melalui proses Dilatation & Curettage (D&C) iaitu mencuci saki-baki janin yang tertinggal,” katanya.
Menurutnya lagi, meskipun dia dan suami teruja menantikan cahaya mata kembar itu namun mereka reda dengan ujian yang menimpa.
“Kehamilan ini amat tidak disangka, tapi apabila dapat tahu hamil anak kembar, kami berdua begitu teruja dan cemas sebab bukan mudah nak menjaga kandungan.
“Namun, apabila doktor memaklumkan kandungan kembar saya dalam keadaan tidak stabil, saya sudah bersedia dengan segala kemungkinan. Mungkin belum rezeki nak ada ada kembar,” katanya positif.
Terdahulu, bintang drama ini berkahwin pada 25 September 2015.
Hasil perkongsian hidup selama lima tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose, 3, dan Mohamad Dayyan, 2.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon Eyka Farhana yang selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Akhyar Rashid.Berita gembira itu dimaklumkan...