Pelakon dan usahawan, Hanez Suraya selamat melahirkan anak kedua di sebuah pusat perubatan kira-kira jam 9.11 pagi tadi.
Memetik Berita Harian. bayi perempuan berkenaan dilahirkan secara normal dengan berat 3.55 kilogram.
Suaminya, Romie Razin Adillha Abd Rais, berkata isterinya kini dalam keadaan stabil.
“Alhamdulillah, proses kelahiran berjalan lancar dan selamat. Isteri saya kini dalam keadaan stabil
“Dia memang wanita yang kuat,” kata Romie seperti yang dipetik.
Bagaimanapun, pasangan suami isteri ini masih belum memberikan nama terhadap permata hati kedua mereka itu.
“Belum ada ilham lagi. Pastinya kami mahu memberikan nama yang membawa maksud yang baik. Insya-Allah,” katanya.
Terdahulu, keduanya mendirikan rumah tangga pada 25 Mac 2015. Sebelum ini, mereka dikurniakan anak perempuan, Puteri Aleesya, 3 tahun.
Hanez turut berkongsi ucapan tahniah yang diberikan daripada rakan-rakan menerusi Insta Stories miliknya.
Foto: Instagram Hanez Suraya