Pengarah dan penerbit, Sheila Rusly baru-baru ini ada berkongsi deko masakan bagi menyediakan hidangan Ketam Cili di Instagram buat para pengikutnya.
Apa yang menarik, video berdurasi kira-kira tujuh minit itu turut merakamkan aksi bakal menantu, pelakon Elisya Sanda yang bersama-sama membantu di samping belajar memasak daripada bakal mentuanya.
“Sis sebenarnya menunggu kehadiran bakal menantu sis yang memang nak kelihatan cantik bila…,” katanya sambil disambut tawa Elisya.
Gelagat dua personaliti ini cukup mencuit hati peminat apabila Sheila turut bertanya itu dan ini kepada adik aktres terkenal, Fasha Sandha itu.
“Senang giler!! @elisyasandhaofficial yang tak pandai buat pun jadi. Chilli crab @seafoodathome_byhaq,” tulis Shiela menerusi ruangan komen.
Sementara itu apabila meninjau ke ruangan komen, rata-rata memuji Sheila yang disifatkan ‘sporting’ dan tidak lokek untuk unjuk ajar pelakon Nasi Kerabu Untuk Che Abe itu di dapur.
Malah, ada juga yang turut merindui program masakannya, Ketuk-Ketuk Ramadan yang saban tahun bersiaran sepanjang puasa sebelum ini.
Imbas kembali, Elisya, 21, selamat mengikat talit pertunangan bersama anak sulung Sheila, Uzair Haqimy, 25, hujung Januari lalu di Kuala Lumpur.
Penyanyi rap, MK menafikan tanggapan segelintir pihak yang mengatakan dirinya kini lebih suka berahsia mengenai kehidupan peribadinya.
Menurut MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 26, dia kini sedang berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik memandangkan dirinya juga kini banyak menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak.
Katanya lagi, dia juga selesa dengan jalan kehidupan yang sedang dilaluinya ketika ini.
“Saya akui semasa mula-mula nama saya dikenali, saya memang terpalit dengan banyak kontroversi. Sekarang pula alhamdulillah agak senyap dan steady sahaja.
“Sebenarnya saya bukanlah nak berahsia mengenai kehidupan peribadi saya, cuma sekarang ini saya banyak berkerjasama dengan pelbagai pihak. Jadi, adalah perlu untuk saya sentiasa menjaga imej dan kelakuan saya agar sentiasa nampak terkawal.
“Buat masa ini, saya berkongsi sahaja apa-apa perkembangan mengenai diri saya. Apa yang boleh saya kongsi, pasti akan saya ceritakan. Saya sekarang sedang berusaha untuk menunjukkan imej yang baik dan menjadi contoh buat semua,” katanya kepada MH.
Anggota kumpulan rap, K-Clique ini berkata sedemikian dalam satu temubualnya bersama MH baru-baru ini.
Anak muda kelahiran Tawau, Sabah ini difahamkan bakal membuat kemunculan menerusi filem terbaru yang berjudul Rompak.
Sebelum ini, nama MK pernah terpalit dengan kontroversi apabila dia didakwa tidak mahu mempromosikan filem pertama lakonannya yang berjudul Marabahaya Underground.
Bagaimanapun, MK menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan ia hanyalah sekadar kesilapan teknikal.
“Sebenarnya itu bukan satu perkara yang serius pun. Kami dah jalani pengambaran filem itu lebih kurang tiga tahun yang lalu.
“Ia bukan masalah mengenai saya tidak mahu mempromosikan filem itu atau tidak. Saya cuma terlambat untuk menyusun posting-posting tersebut di akaun media sosial saya.
“Saya akaui itu merupakan silap saya kerana tak sempat untuk mengikut jadual yang ditetapkan. Nak cakap terlepas pandang pun tidak sebenarnya. Cuma terlewat. Itu sahaja.
“Selepas ini saya akan cuba untuk lebih peka mengenai perkara ini,” kongsinya lagi.
Sekadar informasi, filem Rompak bakal memulakan sesi pengambarannya pada Febuari dan akan dijangka akan ditayangkan pada Jun depan.
Selain MK, filem ini juga bakal menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Daiyan Trisha, Tony Eusoff dan ramai lagi.
Malah, Rompak juga bakal menjadi filem pertama di Malaysia dan Asia Tenggara yang mengetengahkan konsep ‘Non-Fungible Token’ (NFT).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Shakilla Khoriri berkongsi berita gembira kerana berjaya membeli sebuah kereta berjenama setelah lebih 10 tahun bekerja.
Menurutnya, kereta import dari negara Jepun itu adalah hak miliknya sepenuhnya.
“Seumur hidup tak pernah lah berkenan nak bergambar dekat kereta ni kecuali kebetulan. Kereta orang apa lagi kereta sendiri. Entah ! Tak suka.
“Tapi ni saja share sikit lah. Aku ni 10 tahun kerja baru sekarang merasa nak pakai kereta baru , nama sendiri, bayar sendiri semua sendiri lah.
“Tapi kerja macam aku ni yang tak tentu gajinya sat ada sat takde ni PAYAH nak lepas loan. Penyudah beli kereta sambung bayar yang setiap kali banyak ragamnya banyak kosnya.
“Alhamdulillah walau macam mana pun bekas2 kereta aku dulu sebab dah banyak berjasa bawa aku kerja dengan family jalan2,” tulisnya.
Dalam masa sama, isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali itu bersyukur atas nikmat yang diberikanNya.
“Mungkin Allah bagi aku rezeki pinjaman sikit untuk rasa macam mana rasanya ada kereta sendiri.
“Loan payah tapi Allah mudahkan dengan temukan aku dengan @haririazmi_22 dan segalanya dipermudahkan. Hariri yang banyak update dan uruskan pasal loan sampai gedebuk keluar kereta. Syukur.
“Well aku faham kalau loan tak lulus tu mesti ada salesman yang tak sungguh2 buat lagi2 orang macam aku.
“Sebelah matanya depa pandang tapi YES aku nak recomen lah for those yang nak beli kereta sila lah berurusan dengan @haririazmi_22 kau tak payah pening2 sebab dia SETTLE kan from A-Z , insyallah.
“Birthday present untuk diri sendiri. Syukur. Thank you for everything @haririazmi_22. Thank you All,” kongsinya.