
Penyanyi Kaka Azraff telah selamat diijabkabulkan dengan pemuda pilihannya Adam Azriff, seorang usahawan pada hari Jumaat, 14 Disember 2018 jam 9.53 malam di kediaman keluarganya di Klang, Selangor dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis tertutup.
Kaka dan Adam dinikahkan oleh Ustaz Azmi Selamat dan diwalikan oleh bapa saudara Kaka sendiri, Nor Izam Aminuddin manakala mas kahwinnya bernilai RM 300.
Majlis akad nikah yang serba sederhana itu dihadiri olehkaum keluarga terdekat dan sahabat rapat kedua-dua belah pihak.
Mengangkat tema Melayu Klasik, Kaka kelihatan anggun mengenakan busana kebaya putih disamping suami yang nampak segak dalam persalinan serba putih.
Kaka dan suami menzahirkan rasa syukur mereka kepada Allah S.W.T. dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas doa restu dan ucap selamat dalam meraikan penyatuan kasih mereka ini.
Bagi meraikan cinta pasangan mempelai ini bersama pihak media dan peminat, sebuah majlis resepsi persandingan akan diadakan pada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Kami kongsikan beberapa foto sekitar majlis. Tahniah kakak dan suami!
Foto: Warner Music Malaysia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Beberapa Hari Lagi Nak Puasa, Yatt Hamzah Kongsi Persediaan – “Peluang Nak Buat Jutaan Pahala Dah Nak Tiba.”

Bulan Ramadan bakal menjelang lagi beberapa hari, dan sudah pastinya sebagai umat Islam, persediaan daripada segi fizikal dan kerohanian harus diambil kira supaya segala amalan diberkati Allah SWT.
Yatt Hamzah menerusi laman Instagram menyenaraikan lapan langkah untuk menyambut bulan puasa.
Jelasnya secara ringkas, kesihatan merupakan aspek paling penting agar tidak terlepas peluang melakukan ibadat dan mengumpul sebanyak mungkin pahala.
Malah tambahnya lagi, umat Islam harus mengambil tahu amalan sunat yang digalakkan ketika bulan Ramadan dan menanam keazaman untuk melakukan ibadat dengan penuh keikhlasan.
“HARI INI ISNIN 26 SYAABAN 1441H, 20 APRIL 2020. LAGI 4 HARI SEBELUM RAMADHAN TIBA. BERSEDIAKAH KITA?
“PELUANG NAK BUAT JUTAAN PAHALA DAH NAK TIBA..
Mari kita rebut peluang ini!
Nah Bonda bg CHECKLIST SEBELUM RAMADHAN:
“1. Firstly, sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan, kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak miss melakukan ibadah seperti solat tarawikh.
“2. Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.
“3. Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.
“4. Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala 🙂
“5. Sentiasa berdoa ALLAHUMMA BALLIGHNA RAMADHAN
“6. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). Supaya kita tidak liat lagi bangun malam di bulan Ramadhan
“7. Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan. Begitu juga penulisan di socmed.
“8. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan.
“Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan mengharap agar bertemu dengannya.
“Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula diisi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan.
KITA BAGAIMANA?
@wardahsyaukah.my
JOM SHARE * TAG CHECKLIST DI ATAS.
“KOMEN JOM”
#YATTMENGAYAT #RAMADHAN,” kongsinya.
View this post on InstagramA post shared by BONDA YATT . BONDA OF 4 (@yatthamzah_suci) on
Selamat menyambut bulan Ramadan.
Foto : Instagram Yatt Hamzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dengan Bismillah, Selawat…Terangkan Hal Sebenar,” – Shuib Cerita Suasana Hening Maklum Pada Anak Ibu Sudah Tiada

Pelawak dan bekas penyampai radio, Shuib berkongsi suasana syahdu ketika mahu memberitahu hal sebenar kepada ketiga-tiga anaknya berkenaan pemergiaan ibu mereka ke Rahmatullah, Siti Sarah Raissuddin akibat Covid-19, pagi Isnin.
Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di dalam Instagram milik Allahyarham, Shuib mendedahkan anak-anaknya iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin serba sedikit sudah maklum mengenai keadaan ibu mereka menerusi media sosial.
Malah, ada di antara mereka yang bersama mengapa cakap ibu arwah sedangkan setahu mereka, arwah masih dalam keadaan koma.
“Sebenarnya, anak-anak dah nampak di Youtube pasal ibu mereka, Siti Sarah. Siap tanya penjaga kenapa cakap ibu arwah, ibu kan koma je. Lepastu diorang tanya lagi kenapa ada video “Anak-anak tidak tahu ibunya telah tiada”.
“Ya Allah beratnya hati kami, akhirnya dengan lafaz bismillah, selawat, daddy terangkan hal sebenar dengan tenang. Anak-anak menangis, mengharapkan ibu balik, rindukan ibu,” tulis Shuib.
Dia pada masa sama turut mendoakan agar anak-anak mereka membesar sebagai anak soleh.
“Uwais, Talita, Matin & Ayash, jadilah anak yang soleh & solehah, rajin solat, pandai mengaji Al-Quran, selalu bersedekah dan dengar cakap daddy & family.
“Kita hanya berpisah di dunia, bertemu kembali di Syurga,” tulisnya lagi.
Sementata itu, Shuib di dalam video berkenaan antara lain turut menerangkan bahawa Allah SWT lebih sayangkan ibu mereka.
“Anak-anak daddy yang buat yang paling baik. Dah mendoakan ibu, sembahyah hari-hari. Cuma, Allah lebih sayangkan ibu. Jadi daddy nak, anak-anak daddy dengar cakap semua.
“Allah sayang sangat dengan ibu sebab semua Allah punya. Daddy sudah ‘minta’ dengan Allah supaya pulangkan ibu. Tapi Allah lebih sayangkan ibu sebab ibu baik. Tapi tak apa daddy ada,” katanya sambil memeluk ketiga mereka.
Perkongsian penuh sebak itu dihujani dengan pelbagai komen netizen yang sama-sama tumpang simpati lalu menitipkan doa buat arwah dan keluarga.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Polis Wanita Cantik, Netizen Rela Ditembak

Baru-baru ini tular gambar seorang anggota polis wanita yang mempunyai raut wajah yang sangat cantik sehingga menarik perhatian netizen.
Gambar polis wanita ini mula menjadi viral apabila gambarnya yang sedang bertugas mengawal keselamatan bersempena Sukan Sea 2017 tersebar dan menjadi tumpuan ramai.
Sejak dari itu ramai pula dilihat komen-komen daripada netizen yang sanggup ditangkap atau ditembak oleh polis cantik ini dengan panahan cinta.
Amboi nampak perempuan cantik sampai sanggup ditangkap, lucu betul netizen-netizen ini. Maklumlah jarang kita melihat polis wanita secantik ini.
Jom kita lihat gambar polis cantik ini.
Menurut sumber, polis cantik ini bernama Zarith Aqilah dan merupakan seorang anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Polis Diraja Malaysia.
Mari kita lihat pula komen-komen netizen yang sungguh mencuit hati setelah melihat gambar polis cantik ini.
Sudah menjadi lumrah manusia sukakan yang cantik-cantik jadi tidak hairanlah polis cantik ini mendapat tumpuan ramai kerana tidak dinafikan dia memang cantik.
Sumber: Rilekslah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI