TAHNIAH! Kaka Azraff Sah Bergelar Isteri Dengan Sekali Lafaz, Ini Foto-Foto Menarik Majlis Nikahnya

Share

Penyanyi Kaka Azraff telah selamat diijabkabulkan dengan pemuda pilihannya Adam Azriff, seorang usahawan pada hari Jumaat, 14 Disember 2018 jam 9.53 malam di kediaman keluarganya di Klang, Selangor dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis tertutup

.

Kaka dan Adam dinikahkan oleh Ustaz Azmi Selamat dan diwalikan oleh bapa saudara Kaka sendiri, Nor Izam Aminuddin manakala mas kahwinnya bernilai RM 300.

Majlis akad nikah yang serba sederhana itu dihadiri olehkaum keluarga terdekat dan sahabat rapat kedua-dua belah pihak.

Mengangkat tema Melayu Klasik, Kaka kelihatan anggun mengenakan busana kebaya putih disamping

suami yang nampak segak dalam persalinan serba putih.

Kaka dan suami menzahirkan rasa syukur mereka kepada Allah S.W.T. dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas doa restu dan ucap selamat dalam meraikan penyatuan kasih mereka ini.

Bagi meraikan cinta pasangan mempelai ini bersama pihak media dan peminat, sebuah majlis resepsi

persandingan akan diadakan pada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Kami kongsikan beberapa foto sekitar majlis. Tahniah kakak dan suami!

Foto: Warner Music Malaysia

Published by
Rafiq Mazlan