“Kami sudah jatuh cinta bersama insan yang belum kami jumpa,” itu tulis bekas penyanyi yang popular menerusi lagu Terima Kasih Cinta, Tasha Mansahar yang memaklumkan dirinya kini sudah berbadan dua.

Berita gembira itu disampaikannya menerusi Instagram. Malah, dia turut mendedahkan perkara sama menerusi Insta Stories.

“Saya harap pengalaman ini menjadi sesuatu yang bermanfaat kepada diri saya dan orang lain. Semoga saya menjadi hamba yang lebih bersyukur, lebih positif dan lebih akrab dengan Pencipta.

Ads

“Semoga Allah sudi beri sebaik-baik perlindungan kepada saya dan bayi dalam kandungan. InsyaAllah I will be sharing my humble journey from time to time…,” tulisnya panjang lebar.

Tahniah! Lebih Tiga Bulan Berkahwin, Tasha Manshahar Kongsi Berita Gembira Sudah Berbadan Dua

Ads

Pada masa sama, Tasha turut berdoa kepada para ibu yang sedang menantikan cahaya mata agar dimakbulkan doa.

“Buat yang masih menunggu dikurniakan cahaya mata, semoga Allah makbulkan doa kalian, Allah hadiahkan sebaik-baik penyejuk hati dan mata ayah bonda, Amin,” tulis Tasha.

Ads

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat turut memberikan ucapan tahniah semoga mendoakan agar kandungan bintang berusia 26 tahun ini berada dalam keadaan yang sihat sentiasa.

Tasha mendirikan rumah tangga dengan Fahrur Raqib Abdul Majid, 28, dengan sekali lafaz di Masjid Jamek Kajang, Selangor pada 8 September lalu.

Foto : Instagram Tasha Manshahar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI