
Tahniah diucapkan buat pemenang tempat kedua Gegar Vaganza musim keempat (GV4) Liza Hanim telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki tepat pukul 11 malam tadi (Jumaat).
Berita gembira itu disampaikan penyanyi Gelisah Mimpi itu menerusi Instagram.
“Allahuakbar!!!! Alhamdulillah dengan izin Nya, saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam pada pukul 11 malam.
“Syukur ke hadrat Allah SWT, serta berkat doa kalian semua. Terima kasih semua!! Alhamdulillah,” tulis penyanyi berkenaan.
Serentak dengan perkongsian tersebut, para peminat dan rakan artis turut memberikan ucapan tahniah atas kelahiran zuriat baru.
Terdahulu, Liza mendirikan rumah tangga bersama bekas anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin pada tahun 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.
Foto: Instagram Liza Hanim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Isteri Paling Banyak Bersabar, Terima Kekurangan Saya,” – Nabil Ahmad Audit Diri

Pengacara Nabil Ahmad tidak menafikan di dalam menjaga keharmonian, setiap pasangan yang berkahwin pasti akan berdepan dengan ujian dan cabaran naik turun bahtera rumah tangga.
Bagaimanapun, kata Nabil, 39, setiap ujian yang datang itu berbeza-beza dan baginya, kesabaran dan tolak ansur menjadi antara faktor penting dalam mengekalkan institusi kekeluargaan.
“Ada ketika bila tengok kawan-kawan diuji dengan masalah rumah tangga, saya berdoa semoga Allah berikanlah kesabaran dalam diri isteriku. Manalah tahu kalau suatu hari dia tidak sabar, mahkamah dia pergi. Risau juga.
“Sebabnya saya tidak boleh menafikan di dalam layari bahtera rumah tangga, memang ada pasang surutnya. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Jadi bagi saya untuk jaga keharmonian rumah tangga kena banyak bersabar. Pada masa sama jalankan tanggungjawab sebagai suami dengan betul.
“Jujurnya saya yang perlu berikan tumpuan kepadanya lebih 100 peratus kerana di antara kami rasanya dia yang paling banyak bersabar. Dia yang paling banyak terima kekurangan dan dia banyak menasihati saya,” katanya kepada MH.
Hos Gegar Vaganza 9 itu ditemui pada Majlis Pelancaran & Jualan Promosi Pembukaan Jakel di Seksyen 7, Shah Alam, baru-baru ini.
Ditanya mengenai keadaan semasa susulan konflik perkahwinan melibatkan beberapa rakan artis, Nabil mengambi pendirian mendoakan agar urusan mereka dipermudah.
“Saya cuba ambil iktibar terhadap apa sahaja yang berlaku ketika ini untuk muhasabah diri dan cuba menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik berbanding sebelumnya. Sebelum ini mungkin saya hanya ingat sudah kerja dan cari nafkah, yang selebihnya biarlah isteri yang lakukan.
“Namun melihat kepada situasi sekarang, saya cuba untuk buat perkara yang jarang saya lakukan sebelum ini. Misalnya bila balik kerja akan tanya isteri kalau ada apa-apa yang boleh saya bantu dan sebagainya. Jadi sikap ambil berat dan peka itu lebih sikit.
“Apa pun bila mengenali beberapa rakan kita yang sedang diuji (masalah rumah tangga), saya tak mahu nak komen apa-apa. Sebaliknya lebih kepada mendoakan. Semoga mereka dapat lalui ujian ini dan dapat berbaik semula, insya-Allah,” katanya lagi.
Sementara itu, gedung baharu Jakel yang terletak hanya 200 meter dari lokasi lama yang sebelum ini musnah dalam kejadian kebakaran telah pun memulakan operasi jualannya.
Pengarah Urusan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, premis berkenaan yang dilengkapi pelbagai kemudahan dijangkakan mampu memberikan lebih keselesaan kepada para pelanggan.
“Premis baharu kami ini menyediakan kawasan letak kereta yang kondusif iaitu berkapasiti 1,000 ruang dalam satu masa selain ada disediakan perkhidmatan buggy khusus untuk membawa pelanggan dari tempat letak kereta hingga ke hadapan kedai,”
“Apapun kami bersyukur kerana dengan izinNya, Jakel Shah Alam baharu ini sempat dibuka sempena ketibaan Aidilfitri. Pembeli juga berpeluang dapatkan produk jenama Ariani dan Hajrah di sini,” katanya yang turut melancarkan Kempen Jualan Rahmah Jakel.
“Kita ingin turut meringankan beban rakyat pada masa sama memastikan semua orang berpeluang bergaya di hari raya Aidilfitri. Jika dulu samping dijual pada harga RM119, sekarang hanya ditawarkan dengan harga RM39 menerusi kempen ini, ” katanya lagi.
Selain Nabil, aktor Aaron Aziz juga menjadi wajah wakilan bagi jenama ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Alamak! Reen Rahim Minta Jangan Main Game Sebab…

Reen Rahim memohon para pengikutnya agar tidak terpedaya dengan promosi permainan dalam talian yang telah dihantar oleh akaun Instagramnya sendiri menerusi ‘direct Message’.
Ini kerana, bintang Syif Malam Raya itu menjelaskan aplikasi itu seolah-olah digodam individu tidak bertanggungjawab sekali gus menggunakan akaun media sosial miliknya.
View this post on InstagramMOHON SIAPA YANG PERNAH KENA TOLONG SHARE CARA NAK SELESAI KAN MASAALAH NIE🙏🏻🙏🏻🙏🏻
A post shared by Reen Rahim (@reenrahim) on
“DM Reen kena spam, kena hack. Tengok story Reen. Harap korang jangan buat game tu. Bukan Reen taip, bukan Reen Send,” jelasnya.
Dia pada masa sama turut meminta pandangan untuk menghalang ia daripada terus berlaku.
“MOHON SIAPA YANG PERNAH KENA TOLONG SHARE CARA NAK SELESAI KAN MASAALAH NI,” tulis Reen pada kapsyen hantaran yang terkait.
Turut dilampirkan ialah beberapa paparan teks yang dimaksudkan yang mana permainan berkenaan menawarkan ganjaran berupa wang tunai sebanyak RM100.
Serentak dengan itu, ada peminat yang cuba memberikan idea serta cara untuk menghentikan hantaran teks tersebut dari terus berlaku.
Foto: Instagram Reen Rahim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sayang…Syurga Milikmu,” – Suami Kongsi Abby Abadi Tetap Usaha Solat Meski Dalam Kesakitan

Kini sedang dirawat di hospital Sungai Buloh akibat tekanan darah tinggi, Abby Abadi yang kini sedang hamil enam bulan dinasihatkan doktor agar berehat.
Namun, menurut suami, Faizal Zakaria meski keadaan kesihatannya tidak mengizinkan, Abby tetap berusaha untuk menyempurnakan solat.
Tegas Faizal, perkongsiannya tiada niat untuk riak, sebaliknya hanya memperlihatkan pendirian kuat suri hatinya itu.
“Dalam tekanan darah tak stabil, Doc suruh rehat… My Love @abby_abadi112 tetap risau dan takut bila x solat.
“Moga Allah s.w.t permudahkan segala-galanya sayang.
“Bukan nak riak atau menunjuk, tetapi inilah pendirian yang beliau lakukan pada diriku ini," maklumnya.
Pada masa sama, lelaki ini turut mendedahkan isterinya itu sebolehnya mahu menjaga solat suami.
“Walau sibuk mana sekali pun mesti solat, cari masjid, hari Jumaat tetap kena sokat Jumaat. usahakan cari masjid walaupun dalam perjalanan.
“Sayang….Syurga milikmu…setiap saat saya sentiasa doakan agak diampunkan dosa2 sayang….diangkat darjat sayang bersama mereka2 yang beriman.
“Sayang tidak pernah ada dosa pun dengan saya walaupun sebesar zarah…
“Rehat ya sayang….jgn fikir yang bukan2,” tulisnya lagi.
Terdahulu pada tahun 2017, Abby mendedahkan pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.
Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.
Pasangan ini turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Foto : Instagram Faizal Zakaria
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI