
Tahniah diucapkan kepada penyanyi dan aktivis kemanusian, Mizz Nina yaang selamat mendirikan rumah bersama jejaka pilihannya dikenali sebagai Essam Muhammad.
Mizz Nina atau Shazrina Azman, 43, berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran terkini yang dikongsikan di Instagram.
“Saya baru-baru ini bernikah pada suku kedua tahun 2023 bersama suami tercinta Esaam Muhammad dalam majlis yang dihadiri keluarga dan teman rapat.
“Allah sebaik-baik perancang dan telah menulis eposid baru dalam hidup kami dengan cukup indah.
“Kami bersama-sama menjalankan dakwah, kami berkongsi matlamat sama dan teruja dengan perjalan hidup baru ini,” tulisnya.
Penyanyi itu turut memuat naik foto bersama Essam dalam persalinan serba putih dipercayai diambil pada hari bahagia mereka.
Untuk rekod Nina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Noh Salleh pada 2 Julai 2011 namun berpisah pada 4 Ogos tahun lalu.
Mereka memiliki seorang anak angkat lelaki bernama Musa.
Menerusi hantaran sama, peminat dan rakan artis turut tumpang bahagia dan menitip doa yang baik-baik buat pasangan tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebak Dada Sebenarnya…”- Sudah Anggap Macam Anak, Ini Kisah Duit Raya Nabila Huda Buat Erma Fatima

Menerusi entri terkini di laman media sosial Instagram milik Erma Fatima, pengarah prolifik ini ada berkongsi satu rakaman video yang menjadi perhatian ramai pihak.
Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad berkongsi rakaman video yang merakamkan pelakon, Nabila Huda ada memberikan duit raya kepadanya.
Lalu, Erma meluahkan rasa terkejut dan terharu dengan sikap pelakon versatil itu yang sentiasa mengingati dirinya.
Kongsi Erma, dia sudah menganggap pelakon yang terkenal dengan filem Munafik itu bagai anaknya sendiri.
“Sebak dada sebenarnya..ingatan yg luar biasa dari seorang yg ku anggap seperti anak. Mcm tk percaya..bkn kerana duit raya tu.
“TETAPI ingatan dia kpd aku. Ya Allah..kurniakanlah berkat dan rahmatmu serta kebahagiaan buat anak ku @kupu_kupu sekeluarga. AMIN #mlmberkatdanrahmat#alhamdulillah”tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Ermafatima (@ermafatima) on
Di samping itu, rakaman video yang telah meraih lebih 180 ribu tontonan itu mendapat perhatian daripada peminat.
Lalu, peminat berasa terharu melihat adegan mereka dalam video berkenaan.
Semoga keluarga Erma dan Nabila diberikan kesejahteraan dan berbahagia selalu.
Foto : Instagram Erma Fatima
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Aku Bersujud Sehina-Hinanya Di HadapanMu ini,” – Penuh Makna Ucapan Suami Abby Abadi Sempena Ulang Tahun Perkahwinan

Suami kepada pelakon, Abby Abadi iaitu Faizal Zakaria ada menitipan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-5 tahun.
Menurut Faizal, air matanya mengalir sewaktu menuat naik ucapan tersebut kerana terlalu bersyukur dikurniakan isteri yang sebaik Abby.
View this post on InstagramA post shared by Faizal Zakaria (@jaiezzany) on
“5 Tahun Kita Bersama Abby Abadi. 5 tahun kita membina mahligai ini sayang @abby_abadi112.
“Menangis disaat ini, kala jari jemari menitip kata-kata untukmu. Selama 5 tahun ini lah aku sentiasa bersyukur dengan nikmat dan amanah yang Allah berikan pada ku ini, kasih sayang yang tidak pernah luntur.
“Sayang, 5 tahun maaf diri ini masih gagal menjadi suamimu yang terbaik. 5 tahun, diri ini masih terasa belum sempurna, malah masih banyak kekurangan, maaf ya sayang,” tulisnya.
Tambahnya lagi, sepanjang lima tahun ini, Faizal menyifatkan ini merupakan detik paling sempurna di dalam hidupnya.
“Namun, 5 tahun ini, kau terlalu sempurna untuk ku. Sikap kasih sayang mu senantiasa menebal dalam diri mu
“Kesabaran mu menghadapi liku-liku kehidupan tanpa ada keluhan. Kau tabah hadapi segalanya, walaupun ada kalanya kau dihimpit keresahan namun itu tidak memudarkan kasih sayangmu pada diri ini.
“Kutitipkan doa, agar Allah tempatkan mu di syurgaNya bersama mereka yang menjadi kekasih Allah, diberkati dan dirahmati kehidupanmu hingga akhir hayat,” katanya.
Ucapan tersebut dikongsikan oleh Faizal menerusi akaun Instagram miliknya.
Pada masa sama, Faizl turut menitipkan doa semoga Allah memelihari dan merahmati isterinya yang tercinta itu.
“Sayang maafkan diri ini, atas segala kekurangan dan adakalanya membebankan hidupmu.
Ya Allah, Aku bersujud sehina-hinanya dihadapanMu ini. Kau peliharalah isteriku sebaik-baiknya.
“Jangan diberikan kesusahan dalam hidupnya, kau berikan kebahagian untuknya.
Kau tinggikan darjatnya, tempatkannya disyurgaMu bersama mereka yang menjadi kekasihMu.
“Ya Allah, Ku reda setiap apa yang isteriku lakukan. Tidak ada satu kesalahan pun dia lakukan terhadapku. Catitkan segala kebaikan yang isteriku lakukan agar dapat beratkan timbangan amal kebaikannya nanti,” katanya lagi.
Terdahulu, Faizal dan Abby mendirikan rumah tangga pada tanggal 14 Ogos 2015.
Pasangan tersebut pernah dikurniakan bayi pra-matang tahun lalu, namun meninggal dunia selepas 70 hari dilahirkan.
Kemudian pasangan tersebut membuat keputusan untuk mengambil tiga orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa.
Sumber: Instagram Faizal Zakaria
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ada Berita Gembira Dan Sayu,” – Abby Abadi Dedah Bayinya Dah Cecah Berat 1Kg, Namun…

Pelakon Abby Abadi mendedahkan usia anak bongsunya kini sudah mencecah usia 63 hari. Sambil merakamkan rasa syukur, bintang Gerak Khas itu turut memaklumkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Danial Firman Faizal itu sudah pun mempunyai berat 1 kilogram.
Perkongsian tersebut dikongsikan Abby menerusi Instagram miliknya, awal semalam.
“Muhammad Danial Firman Faizal, tepat 12 tengah malam (28 November 2019) dah 63 hari usia baby D kita. Syukur Alhamdulillah.
“Terima kasih Allah, maaf sebab tak kerap sangat update pasal Baby Danial, takut tersalah info.
“Malam ni ada sedikit yang saya boleh kongsikan tentang Baby D. Ada berita gembira dan ada berita sayu,” tulisnya.
“Yang gembiranya ialah beratnya dah 1 kilogram dan yang sayunya, Baby D masih bergantung pada bantuan mesin untuk bernafas. 83 peratus…
“Saya dah lama tengok yang tu. Sebab sibuk nak tahu berat badan dengan susu yang diperlukan je. Suami yang perasan peratusan tu tadi.
“Banyak lagi isu lain yang memilukan sebenarnya, cuma saya berserah segalanya kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa atas segala. Sudah pasti Dia Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
“Mohon dia berterusan ya sahabat di sini untuk Baby Muhammad Danial Firman Faizal kami. Doakan Baby D terus kuat dan bertahan hingga berada dalam pelukan Mama dan Abahnya, amin,” tulis Abby panjang lebar.
Terdahulu, Abby melahirkan Danial pada 27 September lalu di Hospital Sungai Buloh secara pembedahan. Bayi yang dilahirkan secara pra-matang itu lahir dengan berat 535 gram sahaja ketika itu.
Foto: Instagram Abby Abadi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI