Baru sahaja berkongsi berita gembira di laman Instagram, Zira Ayub selamat melahirkan anak awal pagi ini.
Dengan kapsyen ‘Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,” pasangan ini bagaimanapun belum mengesahkan jantina orang baru dalam keluarga mereka.
View this post on Instagramالسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَتُه
A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on
Nabil dan Zira mula mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan sudah dikurniakan dua cahaya mata sebelum ini, Naira Mikayla dan Leyla Medyna.
Tahniah MH ucapkan dan selamat berpantang untuk Zira.
Foto – Instagram Nabil Zira
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Harap Boleh Pergi Umrah Dengan Tenang, Pulang Mulakan Hidup Baru Bersama Anak-Anak,” – Puteri Sarah
Pelakon Puteri Sarah mengharapkan dirinya dapat menunaikan umrah dengan tenang pada 26 Januari depan.
Isnin lalu, Puteri Sarah, 38, selesai memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
“Saya rasa lega kerana segala apa yang saya pertahankan apa semua, saya boleh cakap telah buat yang terbaik untuk mempertahankan.
“Tapi nampaknya jodoh sampai sini sahaja. Jadi bagilah saya pergi umrah dengan tenang.
“Saya hanya mahu fokus kepada ibadah sahaja. Tak mahu fikir lagi ada masalah yang tidak selesai. Masih rasa tak tenang atau tak terjawab.
“Semua sudah terjawab. Saya harap boleh pergi umrah dengan tenang dan pulang dengan mulakan hidup baru bersama anak-anak,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri, Andai Itu Takdirnya itu hadir ke mahkamah dengan ditemani dua adiknya.
Turut sama ialah peguam syarie yang mewakilinya iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader.
Terdahulu sejak awal tahun lalu, kisah rumah tangga pasangan berkenaan menjadi bualan selepas Puteri Sarah mendedahkan diganggu oleh orang ketiga.
Kemelut rumah tangga mereka kian hangat selepas Syamsul mendedahkan sudah bernikah di dengan Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari lalu berwalikan bapa pengantin perempuan yang juga pelakon senior, Kazar Saisi.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah kini berusia 3 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“12 Tahun Yang Sangat Bermakna,”- Instafamous Sharifah Eleen Kini Isteri Pelakon Zac Zaky, Kongsi Cerita Saat Susah Senang
Selebriti media sosial dan usahawan, Sharifah Eleen telah selamat mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hati yang juga merupakan pelakon, Zac Zaky pada 12 Januari lalu
Khabar gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Eleen menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Menurut Eleen, dia berasa amat bersyukur kerana hubungan yang dibina sejak 12 tahun yang lalu telah berkekalan hingga ke jinjang pelamin.
“2010-2022, 12 tahun yang sangat bermakna. 12 tahun dulu, Eleen dengan Zakir muda sangat. Kalau cakap kita nak setia sampai kahwin semua orang akan gelak cakap tu cinta monyet je
“Siapa sangka, selepas 12 tahun takdir Allah menentukan, kita akhirnya bergelar suami isteri. Kehidupan Eleen dengan Zakir tak macam yang ramai sangka.
“Dua-dua daripada keluarga yang struggle. Dua-dua dah kerja dari muda. Merantau sama-sama cari kerja. Susah senang Zakir susah senang Elen juga,” tulisnya.
Katanya lagi, sepanjang perkenalannya bersama Zac atau nama sebenarnya Muhd Zakir, mereka telah melalui pelbagai detik susah dan senang yang mematangkan mereka untuk menempuh cabaran berumah tangga pula selepas ini.
“Kita pernah rasa susah yang teramat, rasa sedih, berhujan and berpanas. Apa yang zakir makan eleen pun ikut sama makan. Kalau zakir rasa susah, susah jugak lah hati eleen ni.
“Kalau zakir takde makan, Eleen ikut sama tak makan sebab susah hati tengok Zakir tak makan. Kalau Zakir takde duit makan dulu, Eleen akan cari cara supaya dia makan.
“Tapi bila dia ada je rezeki lebih tak pernah sekali zakir tak cari Rleen. Susah macam mana pun kita dulu, we always choose to stay,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Eleen meluahkan dia berasa amat bertuah kerana dipertemukan dengan seorang lelaki yang sering kali menunjukkan rasa cintanya melalui setiap tindak-tanduknya.
“Zakir sayang Eleen lebih dari Eleen sayang diri Eleen sendiri. Zakir tak pernah janji macam-macam dengan Eleen sbb dia bukan orang yang manis dengan kata-kata. Tapi dia pernah cakap ‘kalau I nak jadikan isteri u I akan make sure you jadi isteri i’.
“Dear my beloved husband, just so you know, some people search their whole life to find what I found in you. Tiada hadiah yang lebih bermakna dalam hidup ni selain Allah anugerahkan you sebagai suami I,” akhirinya
Melihat di ruangan rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga bahtera perkahwinan yang dibina oleh Eleen dan serta suaminya akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
“May Allah bless your journey in life together.
“Awwh, nak nangis sebab kisah korang terlalu sweet. Alhamdulillah, selamat bergelar suami isteri yang sah.
“Beautiful love story Eleen dan Zakir. Semoga Allah merahmati perkahwinan kalian dan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
“Congratulations. Allahu sedihnya baca. Tumpang happy for both of you,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sebelum ini, nama Zac semakin mendapat perhatian sewaktu membintangi watak antagonis menerusi drama, Wanita Tanpa Dosa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber Foto: FKZ Pictures
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Akibat Letupan Gas, Suami Syura Badron Alami Kecederaan Serius – “Dengan Berat Hati Saya Ingin Maklumkan…”
Penyanyi, Syura Badron berkongsi keadaan suaminya, Muhammad Farizat yang melecur teruk akibat letupan gas, Jumaat lalu.
Menurut Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, 38, suaminya telah dimasukkan ke hospital bagi rawatan lanjut kerana melecur teruk di bahagian muka, kaki dan tangan.
“Assalammualaikum, dengan berat hati saya ingin maklumkan suami saya, Farizat telah dimasukkan ke hospital kerana melecur teruk.
“Melecur di bahagian muka, kaki dan tangan akibat letupan gas memasak yang berlaku di tempat penginapan kami di Perlis pada hari jumaat malam yang lepas,” tulis Syura.
Penyanyi lagu Nazam Berkasih ini berkongsi berita tersebut menerusi Instagram miliknya.
Meski berdepan ujian berat, Syura bagaimanapun yakin Allah Maha Baik dan mendoakan agar ada sinar kebaikan di sebalik kesukaran ini.
“Mohon doa dari semua semoga diberikan kesembuhan buat suami dan diberikan kekuatan menghadapi ujian Allah ini.
“Semoga ada hikmah yang baik disebalik ujian ini. Allah Maha Baik,” luahnya lagi.
Dalam pada itu, Syura turut memuat naik satu hantaran di Insta Stories yang memaparkan tangannya bersama suami, sebagai tanda kasih dan sokongan.
“Kuat sangat sayang saya ini. Saya yang tak kuat tengok keadaan awak.
“Ya Allah, berikanlah kesembuhan buat suamiku,” kongsinya lagi.
Untuk info, Syura menamatkan status ibu tunggal selama sembilan tahun, apabila melangsungkan pernikahan dengan Farizat Ismail, pada 22 Januari 2022.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Umar Eussof pada Mac tahun lalu.
Syura juga sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Fadhly Md Yassin namun rumah tangga mereka berakhir dengan penceraian pada Ogos 2015.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdina, 17, Nurul Qaisara Sofia, 15, dan Muhammad Irfan Aryan, 13 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI