Pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Nazmi Faiz telah pun selamat menimang cahaya mata pertamanya pada 26 Jun lalu.
Menerusi entri di Instagram, bintang sukan berusia 26 tahun itu ada berkongsi nama ahli keluarga baru dalam hidupnya itu.
Sambil menzahirkan rasa syukur atas kurniaan rezeki zuriat, Nazmi turut mengucapkan terima kasih atas doa semua buat dirinya seisi keluarga.
“Assalamualaikum Puteri Sulungku Maria Miqayla. Syukur Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar.
“Thank you sayang @nurullyasmin & Terima Kasih yg mendoakan kami,” titipnya.
Lalu, posting yang merakamkan aksinya yang sedang memangku bayi comel itu menerima reaksi positif peminat, termasuk rakan pemain bola yang rata-ratanya memberikan ucapan tahniah buatnya dan isteri.
Terdahulu, Nazmi dan isteri, Nurul Yasmin mendirikan rumah tangga pada November 2017 lalu.
Foto: Instagram Nazmi Faiz