Pemain bola sepak negara, Syazwan Andik, 24 telah selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya yang juga merupakan personaliti media sosial, Aina Syuhada, 24 pada tanggal 1 Januari lalu.
Majlis serba ringkas yang hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat itu telah berlangsung di Rumah Tamu Datin Hilijah, Kuala Lumpur.
Berita gembira tersebut dikongsikan oleh pemain pertahanan pasukan Johor Darul Takzim itu menerusi akaun Instagram miliknya.
“Alhamdulillah,” tulisnya ringkas.
Menerusi posting berasingan, Aina yang juga merupakan bekas peserta top 20 Dewi Remaja 2019 meluahkan rasa syukur kerana segalanya telah berjalan dengan lancar.
“Assalamualaikum suami @syazwanandik. Alhamdulillah,” katanya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menzahirkan rasa gembira selain turut mendoakan semoga Syazwan dan Aina akan kekal bahagia sampai ke jannah.
Terdahulu, pasangan ini dikhabarkan telah melansungkan majlis pertunangan mereka pada awal minggu lalu.
Sumber: Instagram Syazwan Andik & Aina Shuada
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wow! Ini 10 Fakta Menarik Mengenai Filem Aquaman Yang Perlu Korang Tahu, Siapa Sudah Tonton?
Kepada peminat siri Justice League tentu mengenali watak Aquaman ini kan? Pertama kali watak ini muncul adalah di dalam filem Superman vs Batman dan kemudiannya di Justice League, tahun lalu.
MH difahamakan bahawa filem ini muncul setelah mendapat banyak permintaan daripada peminat siri Justice League untuk lebih mengenali Aquaman atau nama sebenarnya Arthur Curry.
Sedikit sinopsis untuk filem ini, Arthur mengetahui mengenai rahsia kelahirannya bahawa dia adalah pewaris kerajaan di bawah lautan yang dikenali sebagai Atlantis.
Ibunya adalah Ratu di Atlantis manakala bapanya adalah manusia biasa. Susulan itu, dia terpaksa terlibat dalam perebutan takhta antara dia dan adik tirinya dalam usaha untuk memastikan keharmonian dunia lautan dan di darat.
Adik tirinya seorang yang sangat membenci orang di darat kerana beranggapan bahawa merekalah punca hidupan di lautan merana.
Oleh itu, MH ingin berkongsi trivia-trivia menarik mengenai filem ini.
1. Pengarah filem ini adalah James Wan. Individu yang bertanggungjawab membawakan filem Insidious dan Fast 7 kepada penonton.
2. Filem Justice League yang paling tak ‘gelap’, berbeza dengan filem-filem Batman, Wonder Women dan lain-lain.
3. Watak Aquaman/Arthur Curry dibawakan oleh Jason Momoa manakala watak Aqua girl/ Mera dibawakan oleh Amber Heard. Antara pelakon lain yang ada didalam filem ini adalah Nicole Kidman, Willem Dafoe, Patrick Wilson, Dolph Lundgren dan Yahya Abdul-Mateen II.
4. Filem ini banyak menceritakan mengenai kisah hidup Arthur yang kononnya lahir sebagai anak luar nikah antara Ratu Atlantis dan bapa manusianya itu.
5. Sebenarnya, dia tak nak pun takhta kat Atlantis tu, namun melihatkan adiknya seorang yang gila kuasa dan ingin menghancurkan dunia membuatkan dia kena memegang tanggungjawab sebagai raja lautan.
6. Antara kuasa yang Aquaman ada adalah mengawal ombak di lautan, berkomunikasi dengan hidupan laut, kuat dan juga boleh berenang secara ‘supersonic’.
7. Majoriti penggambaran filem ini dilakukan di Studio Village Roadshow di Gold Coast, Queensland namun ada juga di Newfoundland, Kanada, Sicily dan Maghribi.
8. Malaysia merupakan antara negara yang beruntung kerana dapat menonton filem ini dahulu kerana tarikh keluaran Aquaman di Amerika Syarikat dan Eropah adalah pada Jumaat ini.
9. Pengkritik filem memuji sinematografi filem ini. Babak yang paling disukai penonton adalah babak peperangan di awal cerita.
10. Filem ini juga terselit mesej penting buat penonton agar menjaga kebersihan lautan, oleh kerana kerakusan manusia, haiwan laut yang menjadi mangsa. Manalah haiwan laut tak marah pada manusia kan?
Apa-apapun, MH lihat ramai yang beri respon positif kepada filem ini. Yang penting, ramai yang berpuas hati dengan jalan cerita dan juga sinematografi Aquaman. Ternyata, James Wan tidak pernah menghampakan!
Foto: Carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kita Tetap Boleh Sambut Hari Malaysia, Tapi…,” Ini Cara Tersendiri Here Comes July Kongsi Semangat Anak Muda!
Sedar tak sedar, sambutan Hari Malaysia tiba lagi tahun ini.
Kumpulan yang sedang meningkat naik, Here Comes July (HCJ) yang dianggotai Wan Lukman sebagai vokalis, Arfan Zainuddin (gitar utama), Adam Hariz (gitar ritma), Haziq Hashim (pemain bass) dan Irfan Ismail (dram) berkongsi tentang semangat cinta akan negara dalam diri mereka sebagai anak muda.
HCJ sebulat suara berkata, mereka bersyukur dapat memupuk semangat patriotisme menerusi bidang muzik yang diceburi.
“Sebagai anak Malaysia, tak kira apa pekerjaan, bangsa dan agama, memang sangat penting untuk memupuk semangat cinta akan negara. Kepada penggiat seni muzik seperti kami, kami sangat bersyukur kerana dapat memupuk semangat tersebut menerusi lagu.
“Bukan sahaja menyampaikan mesej kepada diri sendiri, ia juga dapat disampaikan dalam melodi yang segar dan unik,” kata mereka.
Kumpulan ini baru tampil dengan lagu Suara Malaysia, bulan lalu.
Mengulas tentang Suara Malaysia, HCJ berkata ia mempunyai maksud yang luas, bukan sahaja sesuai tentang sambutan kemerdekaan, malah juga berkait dengan sambutan Hari Malaysia.
“Dari segi lirik, lagu ini bukan sahaja menceritakan tentang semangat Merdeka, tapi juga tentang Malaysia secara keseluruhan. Lebih-lebih lagi tentang masalah yang dihadapi rakyat Malaysia sewaktu pandemik, dan juga usaha untuk membebaskan diri daripada segala masalah dan ujian yang melanda.
“Apapun, lagu ini bukan sahaja sesuai untuk Hari Merdeka dan Hari Malaysia, ia juga sesuai dimainkan pada bila-bila masa,” kata mereka lagi.
Dalam pada itu, HCJ juga berkongsi tentang lagu patriotik atau kenegaraan kegemaran mereka.
“Sejujurnya, semua lagu patriotik atau kenegaraan sangat seronok untuk kami dan sentiasa mengembalikan nostalgia lebih-lebih lagi di zaman sekolah dahulu.
“Antara yang paling disukai adalah Keranamu Malaysia kerana ia menceritakan tentang semua rakyat negara ini tidak kira apa pekerjaan, setiap orang memainkan peranan penting dalam memajukan negara tercinta.
“Kami juga suka lagu Kita Punya Malaysia nyanyian Bunkface kerana ia memberi suntikan muzik moden dan indie, kiranya ada jiwa kami dalam lagu itu,” tambahnya.
Memandangkan negara masih dilanda pandemik COVID-19, HCJ berharap agar semua pihak termasuk diri mereka sendiri terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan setiap masa terutamanya ketika menyambut Hari Malaysia tahun ini.
“Nasihat kami kepada generasi muda dan diri kami sendiri, harap semuanya akan tetap patuh pada SOP. Walaupun lebih banyak sektor, dine-in, pelancongan dibenarkan.
“Kita tetap boleh menyambut Hari Malaysia dan sebagainya, tapi SOP amat penting demi mengurangkan lagi kes COVID-19.
“Harapnya dengan pematuhan berterusan ini, kita lebih selamat dalam masa terdekat ini dan dapat kembali melakukan aktiviti serta hiburan apabila kes makin berkurangan.
“Kami juga tak sabar untuk memainkan lagu-lagu baru untuk anda semua, kekal selamat!” kata mereka menutup bicara.
HCJ yang bernaung di bawah label rakaman Sony Music Entertainment Malaysia pernah tampil dengan lagu-lagu seperti Sembunyi dan Juwita sebelum ini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kenangan Tetap Hidup Dan Terpahat Di Hati Untuk Masa Yang Lama,” – Sarimah Ibrahim
Isi Kandungan
ToggleDi Malaysia, terdapat ramai dikalangan para selebriti yang menamatkan zaman bujang dengan kerabat di Raja, jelitawan kacukkan Melayu-Irish Che Puan Sarimah Ibrahim merupakan salah seorang diantara yang bertuah!
Terdahulu, pada 19 Februari yang lalu, Che Puan Sarimah Ibrahim genap menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-45.
Apa yang menariknya, sehari selepas tarikh tersebut merupakan ulang tahun kelahiran suami tercinta, Yang Mulia (YM) Tunku Nadzimuddin YM Tunku Kecil Besar Negeri Sembilan Tunku Datuk Mudzaffar yang ke-51.
Keanggunan Che Puan Sarimah Makin Terserlah Di Usia 40-an!
Menerusi kemeriahan sempena sambutan ulang tahun kelahiran di samping suami tempohari, isteri Tunku Jamie berkenaan tampil santai dengan blaus bercorak.
“A fact: My mum and me share the same birthday. And my husband’s birthday falls on midnight for the next day! (20th) Amazing and full on kan!
You know birthdays come and go. But memories live on and stay close to the heart for a long time. Had a lovely birthday with my lovely family and close friends today.
I am blessed and fortunate. I am so grateful for my life and to be able to celebrate in good health. Alhamdulilah.”
Gaya Hidup Sihat, Senanam Pilates ‘Rahsia’ Keanggunan Che Puan Sarimah
Menginjak usia 45 tahun, aura dan keanggunan Che Puan Sarimah tetap memikat. Dari zaman anak dara sampai sudah berstatus ibu seorang anak, penampilan selebriti cantik ini sentiasa menarik perhatian ramai khususnya peminat.
Apatah lagi Che Puan Sarimah mewarisi kecantikan kedua-dua ibu bapanya yang berketurunan Melayu-Irish.
Malah, beliau aktif mengamalkan gaya hidup sihat terutamanya melibatkan rutin senaman pilates dan gemar berkongsi aktiviti kecergasan tersebut di platform media sosial.
Walau sibuk menguruskan keluarga, Che Puan Sarimah tetap ligat dengan kerjayanya sebagai pengacara.
Sehingga ke hari ini Che Puan Sarimah sudah 26 tahun menceburi bidang pengacaraan tidak kira untuk majlis santai, rasmi dan sebagainya.
Che Puan Sarimah dan suami, YM Tunku Jamie sah bergelar suami isteri pada 2 April 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu YM Tunku Sofia Najihah yang bakal mencecah usia empat tahun pada Julai nanti.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Sumber foto: Instagram Sarimah Ibrahim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI