Tahniah! Pemain Pertahanan JDT, Syazwan Andik Selamat Bernikah Dengan Bekas Peserta Top 20 Dewi Remaja

Share

Pemain bola sepak negara, Syazwan Andik, 24 telah selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya yang juga merupakan personaliti media sosial, Aina Syuhada, 24 pada tanggal 1 Januari lalu.

Majlis serba ringkas yang hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat itu telah berlangsung di Rumah Tamu Datin Hilijah, Kuala Lumpur.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh pemain pertahanan pasukan Johor Darul Takzim itu menerusi akaun Instagram miliknya.

 “Alhamdulillah,” tulisnya ringkas.

Menerusi posting berasingan, Aina yang juga merupakan bekas peserta top 20 Dewi Remaja 2019 meluahkan rasa syukur kerana segalanya telah berjalan dengan lancar.

“Assalamualaikum suami @syazwanandik. Alhamdulillah,” katanya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menzahirkan rasa gembira selain turut mendoakan semoga Syazwan dan Aina akan kekal bahagia sampai ke jannah.

Terdahulu, pasangan ini dikhabarkan telah melansungkan majlis pertunangan mereka pada awal minggu lalu.

Sumber: Instagram Syazwan Andik & Aina Shuada

Published by
Aizam Manaf