Tahniah diucapkan buat pereka fesyen jenama Rizman Ruzaini, Ruzaini Jamil yang memaklumkan isterinya, Nurul Hidayati Yahya telah pun selamat bersalin anak pertama mereka pada Selasa.

Bayi lelaki itu dilahirkan kira-kira jam 6.35 pagi dan khabar gembira itu disampaikan Ruzaini menerusi satu hantaran terkini di Instagram.

“Assalamualaikum w.b.t semua, tarikh penting untuk saya 27/10/2020 selasa ini. Alhmdulillah isteri saya telah selamat melahirkan khalifah kecil kami.

“Kehadiran khalifah kecil kami ini adalah lebih awal dari jangkaan namun Alhmdulillah persiapan untuk menyambut beliau telah kami sediakan lebih awal,” tulisnya.

Ads

Menurut Ruzaini lagi, dua hari sebelum kelahiran, keduanya sempat merakamkan foto bersama dan akan dikongsikan buat tatapan semua tidak lama lagi..

“Dua hari sebelum kelahirannya, saya sempat mengabdikan momen isteri yang sarat dalam photoshoot yang saya akan kongsi nanti.

“Isteri mula mengalami contraction pada jam 12.30am tadi dan tepat jam 6.35am, lahirlah putera yang kami nantikan. Mendengar tangisnya, mengazankan khalifah kecil ini, dan menggenggam jari mungilnya.

Ads

“Sungguh saya menangis. Betapa besar rezeki Allah kurniakan buat saya dan isteri.

“Walapon kelahirannya tidak dapat dirai oleh keluarga terdekat berikutan pandemik covid-19 dan PKPB di Selangor dan Kuala Lumpur ini, Alhmdulillah Allah kurniakan Doktor dan Nurses yang sangat2 memberi sokongan moral buat saya dan isteri memandangkan kami tiada pengalaman.

Ads

“Terima kasih buat Dr. Noor ‘Aini dan nurses di @subangjaya_medicalcentre,” tulisnya lagi sambil turut menitipkan doa buat kesihatan isteri dan anak yang baru lahir.

Tahniah! Pereka Fesyen Ruzaini Jamil Bergelar Bapa, Isteri Selamat Bersalin Bayi Lelaki –  “Sungguh Saya Menangis, Betapa Besar Rezeki Allah.”

Ruzaini dan Hidayati mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI