Rakan baik Zarina Anjoulie, bintang Instagram yang juga juru solek, Aizat Abdul Razak mengesahkan selebriti itu telah pun selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Eilyas Azhar pagi tadi dengan sekali lafaz.

Berwalikan bapanya, Zarina dan pasangan difahamkan berkahwin di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan sebagaimana beberapa posting yang dikongsikan menerusi Insta Stories miliknya beberapa jam lalu.

Aizat turut menambah, Zarina sepatutnya berkongsi momen bahagia bergelar isteri bersama peminat dengan melakukan sesi ‘live’ di Instagram.

Bagaimanapun, kerana terlalu gementar sesi berkenaan tidak dapat dilakukan.

Gembira kerana sahabat baiknya itu sudah pun selamat bergelar isteri orang, Aizat pada awalnya tidak menyangka Zarina yang mesra disapa Anju itu menemui kebahagiaan bersama insan tersayang.

“Sudah tentu gembira dan pada masa sama saya terkejut sebab saya sangka mereka ni hanya main-main cinta sahaja, tidak nampak serius.

IKLAN

“Rupanya dalam senyap-senyap, rupanya memang mencari tarikh sesuai untuk langsungkan pernikahan. Alhamdulillah dan syukur,” katanya.

Turut diadakan ialah majlis kenduri di kediaman pengantin lelaki yang dilakukan secara sederhana.

Zarina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Namun rumah tangganya itu berakhir pada Disember 2016.

IKLAN

Pasangan pengantin baru itu juga difahamkan bakal melangsungkan majlis resepsi dalam waktu terdekat.

Foto: Instagram Zarina Anjoulie

 

IKLAN

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI