Tahniah buat penyanyi Siti Sarah yang baru sahaja berkongsi khabar gembira apabila disahkan hamil anak keempat.

Meski tidak memberikan perincian mengenai usia kehamilannya ketika ini, Sarah menerusi satu hantaran di Instagram menyatakan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan.

Kali terakhir menimang cahaya mata sekitar enam tahun lalu.

Tahniah! Sarah Hamil Anak Ke 4, Baby Baru ‘OTW’! – “Jujur Tak Sangka, Selepas 6 Tahun…”

“Alhamdulillah, permata nombor empat bakal menyusul tak lama lagi. Baby baru on the way.

“Syukur Ya Allah atas rezeki yang Allah kurniakan ini untuk Sarah dan Shuib.

Ads

“Jujur Sarah tak sangka, selepas enam tahun Sarah melahirkan Matin, Sarah dapat lagi rezeki merasai detik kehamilan baru sekarang,” tulisnya sebagai kapsyen.

Sarah pada masa sama berkongsi reaksi suaminya, Shuib sebaik penyanyi lagu Manes itu disahkan hamil ketika melakukan kit ujian kehamilan di rumah.

Menurut Sarah, dia tidak berani mengumumkan berita gembira itu terlalu awal meski ramai yang sudah dapat meneka dirinya sedang berbadan dua.

Ads

Tahniah! Sarah Hamil Anak Ke 4, Baby Baru ‘OTW’! – “Jujur Tak Sangka, Selepas 6 Tahun…”

“Ramai tanya masa memula dulu tapi Sarah tak berani cakap lagi. Ini Sarah rasa kandungan dah kuat, baru Sarah berani nak beritahu.

“Minta maaf sebab tak beritahu awal sebab sebelum ni Sarah pernah ada ‘anxiety, jadi Sarah sendiri tak nak tertekan masa awal kehamilan .

Ads

“Sarah nak mintak korang semua doakan Sarah  dan kandungan. Sarah doakan juga ibu kat luar sana yang mahu merasai saat kehamilan, moga Allah murahkan rezeki kalian untuk hamil dan jadi ibu,” katanya.

Tahniah! Sarah Hamil Anak Ke 4, Baby Baru ‘OTW’! – “Jujur Tak Sangka, Selepas 6 Tahun…”

Foto: Instagram Siti Sarah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI