
Walaupun dalam kesibukan dengan komitmennya sebagai pelakon, Eyra Hazali tetap meluangkan masa menyaksikan aksi perlawanan bola sepak melibatkan tunangnya, Muhammad Haziq.
Haziq merupakan penjaga gol bola sepak kebangsaan.
Kongsi pelakon berusia 20 tahun itu, dia isi masa menonton perlawanan bola sepak Challenge Cup 2019 sebagai tanda memberi sokongan kepada si tunang, semalam.
“Such a thrilling match yesterday but my keeper managed to save 3 penalty goals ! Alhamdulillah,congratulations sayang ! You’re truly a HERO *muka happy sangat.
Dalam pada itu, peminat memuji sikap Eyra yang sentiasa memberi sokongan terhadap tunangnya.
Untuk rekod, Eyra telah mengikat tali pertunangan bersama Haziq pada 1 Disember yang lalu.
Foto : Instagram Eyra Hazali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Boleh Saya Jadi Imam Datuk Seri Vida?,”- Tanya Netizen, Ini Balasnya…Win Giler!

Seperti biasa usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida atau sinonim dengan panggilan DSV memang gemar berkongsi aktiviti hariannya bersama peminat.
Semalam, penyanyi yang terkenal dengan lagu I Am Me telah memuat naik satu video ketika dia bersama dengan anak-anaknya menerusi akaun Instagram miliknya.
“HAHAHA..CikB nak jadi imam kacak…Suka gurau dua bradik..CikB pelik pelik dio gak..GANAZ..Spe ada kakak mcm cikB? Kawan mcm CikB? Tag dia DAH FOLLOW .”tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoseri_vida) on
Melucukan apabila terdapat satu individu yang telah menulis komen yang kelakar kepada DSV diruangan komen pada gambar tersebut.
“Boleh saya jd imam @datoserivida ???cia cia cia”tulis individu tersebut.
Lantas, DSV atau nama sebenar Hasmiza Othman telah membalas komen individu itu.
“@fadzil_latiff tiberr”tulis DSV.
Rata-rata netizen berasa kelakar dan terhibur apabila membaca komen yang dibalas oleh DSV.
Alahai, macam macam lah netizen ni bergurau dengan DSV. Kelakar habis!
Video : Instagram DSV
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dikelilingi Wanita Daring Dan Hot, Tak Bermakna Perlu Ikut Penampilan Mereka,” – Ruhainies

Baru-baru ini, penampilan pelakon genit, Ruhainies pada pelancaran produk kosmetik jenama antarabangsa di Bangkok, Thailand, baru-baru ini mendapat reaksi pelbagai netizen.
Ruhainies seperti yang dipetik BH Online memberitahu, ada di antara pengikutnya di media sosial yang membayangkan baju rona hitam yang dipakainya saling tak tumpah macam nak pergi rumah terbuka saja.
“Mereka (netizen) kata (penampilan) saya macam hendak pergi rumah terbuka. Sedangkan bagi saya, pakaian itu sopan dan tidak berlebih-lebih.
“Ketika itu, saya tidak sibuk lalu sempat membalas komen. Saya tanya kembali pengikut, takkan saya hendak pakai bikini pula? Walaupun saya tidak bertudung, saya tidak seksi.
“Pakai skirt pun sampai paras lutut… Penampilan saya ada hadnya,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, ada pengguna Twitter yang turut membuat perbandingan gaya pelakon drama berkenaan dengan dua lagi selebriti yang diundang ke majlis sama.
Mengulas hal tersebut dengan lebih lanjut, bintang Cik Misi berusia 26 tahun itu memberitahu dia selesa menjadi diri sendiri.
“Walaupun saya dikelilingi wanita ‘daring’ dan ‘hot’, tidak bermakna saya perlu ikut penampilan mereka.
“Saya suka melihat mereka yang tampil menawan. Bagi saya, itu terpulang pada kehendak masing-masing. Mereka ada pendirian sendiri, begitu juga saya.
“Misalnya, saya memiliki perniagaan sendiri dan dikelilingi orang yang minum (mengambil alkohol). Tetapi, saya tak perlu ikut cara mereka.
“Benar, ada masanya, imej saya terbabas. Pastinya, ibu saya yang akan menegur,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, adik kepada pelakon Nur Risteena ini bakal muncul menerusi filem Musyrik arahan Arjin Uppal.
Foto: Instagram Ruhaninies
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Optimis Mahu Angkat Seni Tari Malaysia

Dalam usaha mengangkat seni tari Malaysia, Stephy Dance Group (SDG) menjalinkan kerjasama strategik dengan VIBES International Agency (VIBES).
Pengasas SDG, Datuk Stephanie Low berkata menerusi perjanjian itu pelbagai usaha dapat dilakukan termasuk mempromosikan tarian di negara ini ke mata dunia.
Tambahnya lagi, tidak mustahil untuk mencipta fenomena seni tari Malaysia Pop seperti K-Pop jika semua pihak bekerjasama dan membantu mengetengahkan pelbagai tarian yang ada di negara ini.
“Saya percaya seni tari dari pelbagai kaum di negara ini boleh membentuk satu budaya tarian yang menarik dan menjadi ikutan di peringkat antarabangsa.
“Tidak mustahil kerana kita mempunyai pelbagai jenis tarian daripada pelbagai kaum yang mempunyai keunikan masing-masing dan pastinya menarik apabila digabungkan,” katanya ketika ditemui pada majlis TikTok Meet Up Night anjuran VIBES, baru-baru ini.
Low yang yang juga pemilik Centre Stage Dance Studio (CSDS) di Kajang, berpengalaman lebih 30 tahun dalam dunia tarian juga aktif sebagai jurutari profesional termasuk pernah membuat persembahan di China mengenakan kebaya dan menari tarian tradisional Malaysia.
“Saya percaya usaha yang dijalankan bersama VIBES melalui kandungan yang dipaparkan oleh hos TikTok dibawah agensi ini akan membantu serta menjadikan ia realiti,” katanya.
Dia juga berharap lebih banyak rancangan realiti berkenaan tarian diperkenalkan di negara ini bagi menarik minat anak muda.
Katanya, tarian juga satu kemahiran yang boleh menjana pendapatan selain memupuk gaya hidup yang lebih sihat di semua peringkat umur.
Manfaatkan Kelebihan TikTok
Sementara itu, pengasas VIBES, Datuk Seri Eizlan Yusof berkata agensi itu komited dalam memastikan hos TikTok dibawah seliaan mereka menyebarkan kandungan berguna kepada masyarakat.
“Kita sentiasa melatih dan mengingatkan hos kita supaya menampilkan nilai murni dan kandungan yang memberikan impak positif kepada masyarakat.
“Jangan terlalu memikirkan untuk mendapat impak atau tontonan sehingga mengabaikan tatasusila serta memberikan kesan negatif kepada pihak lain seperti yang berlaku baru-baru ini membabitkan hal negara Malaysia dan Indonesia,” katanya.
Tambah Eizlan, hos TikTok juga perlu mengambil selebriti TikTok yang mempu membuat pendapatan dan mengumpul pengikut tanpa menggunakan kandungan sensasi.
Jelasnya lagi, majlis yang diadakan itu sebagai menghargai hos TikTok di bawah VIBES serta menandatangani perjanjian persefahaman dengan SDG.
VIBES turut menandatangani perjanjian persefahaman bersama Synergy Global Agency dan Inspire Agency.
Dalam perkembangan lain, pengarah dan pelakon filem Town Mall itu melancarkan Joe Kurta by Eizlan Yusof sempena sambutan Ramadan dan Syawal selepas lebih 3,000 helai terjual tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI