Anggota kumpulan K-Clique, Fareed selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Siti Hawa Hamdan, 30, dalam majlis yang berlangsung di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu pada pagi Isnin.
Berita gembira itu dikongsi oleh penyanyi Sabhi Sadhi yang juga abang kepada Fareed, 28.
Dengan sekali lafaz, Fareed selamat bergelar suami kepada Hawa iaitu kakak kepada rakannya sendiri, MK dari kumpulan K-Clique.
“Syukur majlis berjalan lancar. Saya gembira melihat adik sudah berkahwin. Banyak yang dia lalui sebelum ini.
“Saya juga melihat Fareed berubah menjadi seorang yang lebih baik menjelang hari pernihakah,” kata Sabhi.
Pada majlis tersebut Fareed menyerah mas kahwin berbentuk seutas gelas emas dengan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.
Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh MK sebagai wali dan majlis diadakan secara tertutup dengan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Majlis resepsi meraikan kedua-dua mempelai dirancang akan diadakan pada Disember nanti.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini