Pengacara, Nina Nadira menerusi entri terkini menerusi Instagram ada berkongsi perkembangan diri selepas selamat bersalin anak pertamanya.
Katanya, semuanya berjalan lancar dan dia turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan diri dan bayi perempuannya yang diberi nama Nina Lilyanna Ahmad Farhan.
“Alhamdulillah. Thank you for all the wishes, finally gave birth to my little princess Nina Lilyanna Bt Ahmad Farhan.
Ads
“My labour went smoothly, thank you hubby for being my strongest support system, not sure if i can go through all that without you, love you both very very much,” tulisnya sambil dihujani dengan ucapan tahniah, termasuk rakan selebriti.
Ads
Untuk rekod, Nina yang kuga merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia 2014 dan Ahmad Farhan mendirikan rumah tangga pada akhir Julai 2017.
Foto: Instagram Nina Nadira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebentar tadi, pemuzik terkenal, Edrie Hashim ada memuat naik sekeping foto anak sulungnya, Darren Haikal bersempena dengan ulang tahun kelahiran remaja berkenaan yang ke-15.
Edrie antara lain memberi dedikasi terhadap anak lelakinya itu yang telah didagnosis sebagai penghidap autistik seawal usia setahun tiga bulan.
“15 tahun dulu, this boy came into my life and changed my world. Masa kecik he always berkepit with me everywhere! …now dah 15 tahun, nak peluk pon susah. He’s a big boy now. If only he is normal… im sure he would ROCK THE WORLD Harder than his old man ever did.. with that look and karisma.
“Ruginya orang tak dapat kenal dgn darren ?…Daddy loves u Darren… u will always be my boy… and i will always have your back! Happy Birthday DARREN HAIKAL EDRIE,” tulisnya.
Pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida sebak ketika ditanya mengenai dua anaknnya, Nur Edlynn Zamilleen Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B dan Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin (Kacak) dalam sesi IG Live di Instagram, beberapa hari lalu.
Malah, sedutan luahan tersebut kembali dikongsikan Vida di Insta Stories, pada Selasa.
Menerusi sesi berkenaan, Vida antara lain meminta ramai untuk sama-sama mendoakan Cik B agar dilembutkan hatinya dalam segala hal.
“Cik B perlukan masa. You all minta tolong tak? Saya doa pun insyaAllahlah makbul tapi nak makbul cepat suapaya dia lembut hati dalam segala urusan. Jadi anak yang solehah.
“You all tolong doakan Cik B, lembut hati dalam semua urusanlah. Maksudnya dari segi… Cik B perlu menjadi anak yang hebat, rajin, bisnes, hebat, cantik, kurus, berdikari,” katanya.
Vida yang pernah muncul menerusi single I Am Me turut mendedahkan keduanya anaknya itu tidak mahu hidup dalam populariti dan selesa menjalani kehidupan sebagai remaja lain.
Vida bagaimanapun berhasrat agar anaknya meneruskan legasinya dalam perniagaan.
“Empayar bisnes saya besar, tapi Cik B dan kacak dia tidak suka popular. Serupa anak-anak lain, dia tak nak popular, nak hidup macam remaja biasa. Tapi tidak boleh.
“You are gifted to be a popular, you are gifted to be somebody, you are gifted be daughter of Datuk Seri Vida. You have to be popular you have to work. You have to continue my legacy, my empayar.
“I love you very much, i care about you. I never let you down, i never leave you alone. Saya nak Cik B jadi hebat, teruskan perniagaan saya,” katanya lagi.
Sesi siaran langsung itu yang turut disimpan di Instagram sehingga kini sudah pun menerima lebih 800,000 tontonan bersama reaksi pelbagai wargamaya.
Pertandingan Hero Remaja 2021 baru sahaja melabuhkan tirai sebentar tadi menyaksikan Mierul Aiman atau nama sebenarnya, Muhammad Amirul Aiman Norazman diangkat sebagai juara.
Dia menewaskan tiga lagi finalis dalam acara secara langsung yang dianjurkan selama sejam setengah itu.
Dengan kemenangan ini, Mierul Aiman menjadi juara Hero Remaja kesebelas mengikut jejak juara-juara terdahulu seperti Fattah Amin, Nadhir Nasar, Kamal Adli dan Alif Muhaimin.
Seiring dengan kemenangan ini, jejaka berusia 23 tahun itu membawa pulang wang tunai bernilai RM10’000, sebuah trofi dan selempang.
Tempat kedua dimenangi oleh Aqil Taqee. Merupakan pelajar dalam jurusan Diploma Sains Sukan, dia membawa pulang hadiah kemenangan bernilai RM7’000.00 berserta trofi dan selempang. Selain itu dia juga turut dipilih untuk memegang gelaran Hero Inspirasi bagi edisi kali ini.
Fazziq Muqris pula diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga. Dia membawa pulang wang tunai bernilai RM5’000, sebuah trofi dan selempang. Manakala, Afiq Hilman pula terpaksa berpuas hati dengan kedudukan di tempat keempat.
12 peserta Hero Remaja 2021.
Untuk kategori Hero Favourite yang dipilih berdasarkan undian peminat menerusi laman web www.remaja.my, Syazani Zainal yang merupakan peserta termuda berusia 19 tahun, mengungguli gelaran tersebut.
Walaupun kandas di peringkat separuh akhir, tuah menyebelahi Syazani apabila dia memenangi gelaran Hero Favourite.
Para finalis di pentas akhir Hero Remaja 2021 telah diuji daripada segi pengacaraan menerusi segmen ‘tribute to Mamat Khalid’ manakala daripada segi lakonan pula, mereka diuji menerusi persembahan sktesa masing-masing yang menampilkan pasangan pelakon seperti Wan Maimunah, Johan As’ari, Ruminah Sidek dan Wani Kayrie.
Aqil Taqee bergandingan bersama Johan As’ari dalam sebuah sketsa yang menyentuh hati.Afiq memilih Wani Kayrie sebagai gandingannya.Fazziq melakonkan watak cucu kepada Ruminah Sidek.Mierul mempersembahkan semuah sketsa yang padat pengajaran bersama pelakon hebat, Wan Maimunah.
Penutup kepada penentuan bagi menentukan siapa pemenang pula diakhiri dengan segmen tradisi sejak dahulu lagi iaitu sesi soal jawab.
Penilaian prestasi dan markah mereka diberikan oleh juri tetap pertandingan ini, Scha Alyahya dan Datuk Rosyam Nor.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Shukri Yahaya mencuri perhatian ramai apabila berkongsi beberapa keping foto sempena sambutan Aidilfitri baru-baru ini bersama keluarga yang turut memaparkan isterinya, Tya Adnan yang kini tampil mengenakan niqab.