Kumpulan Shiro muncul juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018 selepas saingan minggu terakhir di Royale Theatre, Shah Alam di sini, malam tadi.
Gandingan antara Ajak dan Sharol telah meraih wang tunai RM500,000 dan trofi.
Trio tersebut menewaskan empat pesaing lain dalam persembahan yang bertemakan bebas dan muzikal komedi.
Manakala, kumpulan Bocey menjadi naib juara dan memenangi hadiah wang tunai RM250,000 berserta trofi.
Tempat ketiga dimenangi peserta kumpulan Zero yang meraih wang tunai RM150,000 serta trofi.
Kumpulan Puteh di tempat keempat diikuti kumpulan Taman di tempat kelima yang masing-masing menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan RM15,000 berserta trofi.
Hadiah disampaikan oleh Seniwati Wan Maimunah.
Peserta diadili juri tetap, Douglas Lim, Remy Ishak,Tia Ariffin dan Scha Al-Yahya dengan pemarkahan sebanyak 70 peratus dan 30 peratus daripada undian penonton melalui aplikasi Tik Tok.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
#MHSpeku: Netizen Tuduh Aliff Syukri Suka Curi Gambar Orang?
Eh, benar ke apa yang MH baca ni? Melalui sebuah portal hiburan tempatan, ada pihak mendakwa gambar lampu chandelier yang dimuat naik oleh Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini sebenarnya bukanlah gambar miliknya.
Sebaliknya ia merupakan milik orang lain dan dipercayai Aliff telah memotong gambar tersebut untuk menampakkan gambar tersebut seolah-olah miliknya.
A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Melalui perkongsiannya ini, salah seorang netizen telah bersuara dan menegur keasalahan Aliff yang dikatakan berkongsi gambar tanpa meletakkan kredit.
Bukan itu sahaja, beberapa netizen juga telah mempersoalkan mengapa kebanyakan gambar-gambar Aliff Syukri sama seperti gambar milik sesetengah pihak.
Sejauh mana kebenarannya tidak kami ketahui. Mungkinkah ia hanya sekadar kebetulan ataupun sebenarnya memang Aliff sudah meminta kebenaran tidak pula kami tahu.
SUMBER: Hangat.com
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
#MHRecap Tunku Tun Aminah Lawat Pusara Arwah Zaibo, DS Aliff Syukri Sambut Hari Jadi Anak, Kisah Rezeki Hamil Misha Omar & Banyak Lagi!
Bagi yang terlepas, jom ikuti kisah seni yang hangat semalam. Macam-macam kisah okay!
1. Tunku Tun Aminah Berkenan Melawat Keluarga & Pusara Allahyarham Zaibo
Anakanda Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim berkenan melawat keluarga Allahyarham Zaibo di Rengit, Batu Pahat, Sabtu lalu.
Tunku Tun Aminah bersama suami, Encik Dennis Muhammad Abdullah turut meluangkan masa melawat pusara Allahyarham Zaibo.
Artikel penuh di :
2. DS Aliff Syukri Sambut Hari Jadi 3 Orang Anak Sekali Gus, Meriahnya!
Bertemakan Madagaskar, Datuk Seri Aliff Syukri telah mengadakan sebuah majlis untuk meraikan hari lahir tiga orang anaknya iaitu Qadejah (8 tahun), Ibrahim (6 tahun) dan Qayyum (1 tahun).
Artikel penuh di :
3. Netizen Mulai Bandingkan Perubahan Wajah Fatin Afeefa
Sering berkongsi gambar OOTD dan swafoto di Instagrammya, Fatin Afeefa telah mendapat komen berbaur sinis apabila ramai yang beranggapan bahawa perubahan fizikalnya sangat berbeza.
Antara perubahan yang dimaksudkan netizen adalah bentuk dagu dan hidung serta perubahan warna kulit.
Artikel penuh di :
4. Misha Omar Berdoa Untuk Hamil Lagi, Insyallah
Misha Omar sering berdoa kepada Allah sekiranya dia dikurniakan cahaya mata lagi, dia berasa amat bersyukur.
Pada masa sama Misha juga dapat merasai keseronokan bekerja sambil hamil.
Artikel penuh di :
5. Pengasuh DS Shahida Dituduh Dera Anak Angkat?
Isteri jutawan kosmetik, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid tampil mempertahankan pengasuhnya apabila ada individu mendedahkan bahawa anak angkatnya, Qayyum dipercayai mungkin telah didera.
Namun ini jawapan win Shahida. Artikel penuh di :
Dah baca, apa kata layan dulu lagu baru daripada Datin Alyah, yang juga merupakan lagu tema untuk drama terbaru Akasia, Seribu Rindu. Sedap lagunya…
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Ia Terjadi Pada Ahli Kelurga Saya…,” – Tonton Paparan Khas Frontliner Rawat Pesakit Covid-19, Jasmin Hamid Harap Semua Sedar
Semalam TV3 telah pun menayangkan program dukumentari khas, Kita Masih Belum Menang menerusi Majalah 3 yang memaparkan usaha dan komitmen para petugas kesihatan yang bertungkus lumus dalam merawat pesakit yang dijangkiti wabak Covid-19.
Progam berkenaan nyata memberikan kesedaran kepada ramai pihak sehinggakan ia turut trending di laman Twitter.
Antara yang turut sama memberikan reaksi sebaik sahaja menonton dokumentari ini termasuk pelakon, Jasmin Hamid.
Menurut Jasmid, dia berasa amat tersentuh saat melihat tangisan ahli keluarga yang hanya mampu melihat pemergian orang yang mereka sayangi dari jauh.
Katanya lagi, dia sendiri tidak dapat membayangkan sekiranya insiden terbaru kepada keluarganya sendiri.
“Allahuakhbar. Innalillahiwainnaillahirojiun..
SELAMAT TINGGAL SEMUA.
“Sedih amat bila saya melihat Majalah 3 @tv3malaysia paparkan di saat terakhir para ahli keluarga di beri peluang untuk bercakap dengan pesakit Covid_19 sebelum beliau pulang menemui penciptaNYA.
“Saya bayangkan kalau ia terjadi pada saya atau ahli keluarga saya. Takziah buat uols yang telah kehilangan orang tersayang kerana WABAK ini.
“Semoga mereka yang telah pulang menemui penciptaNYA di tempatkan di dalam syurgaNYA tanpa HISAB dan takziah juga buat keluarga mereka yang bukan berugama ISLAM,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh pelakon Cukup Derita Itu menerusi entri terkini yang dikongsikan di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Jasmin turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan terutamanya di sektor kesihatan yang telah bertungkus lumus dalam merawat pesakit Covid-19.
“Semoga apa yang di paparkan oleh @tv3malaysia ini, dapat berikan kesedaran buat kita semua, betapa bahayanya WABAK ini.
“Berbanyak terima kasih kepada frontliners yang bertungkus lumus menjaga para pesakit Covid_19 hingga sembuh atau akhir hayat mereka tanpa mengira bangsa dan ugama.
“Sanggup berkorban nyawa, masa dan keluarga demi negara. Jadi tanggungjawab kita sendiri untuk jaga diri dan keluarga. Maut tak mengenal siapa.
“Sekarang pun kes makin banyak sebab salah kita sendiri kerana LALAI. Orang yang tak bersalah menjadi KORBAN!
“Congrats @tv3malaysia kerana paparkan kisah benar ini untuk kita sedar tentang bahayanya WABAK CORONA ini.
Allah Maha Baik,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut senada selain turut berharap agar negara dapat kembali pulih seperti sedia kala.
Sumber: Instagram Jasmin Hamid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI