Pelawak dan penyampai radio, Shuk (kumpulan Balas/SYJ) selamat menimang cahaya mata kedua petang tadi.
Perkara itu dikongsikan di Instagram rasmi Hot.fm iaitu tempat Shuk bertugas sebagai deejay radio berkenaan menerusi segmen Geng Pagi Hot (GPH).
“Alhamdulillah. Tahniah Shuk atas kelahiran anak keduanya hari ini!
“Mesti comel kan! Tak sabarnya admin nak jumpa ..Cuba teka baby girl ke baby boy?,” tulis radio rasmi berkenaan.
Video tersebut memaparkan Shuk atau nama penuhnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar sedang iqamat anaknya.
Lalu,netizen turut menitip ucapan tahniah diatas kelahiran cahaya mata keduanya itu.
Bagaimanapun,pelakon filem Adnan Sempit 2 ini tidak berkongsi sebarang video atau gambar di Instagram miliknya buat masa ini.
Untuk rekod, Shuk dan isteri, Rossalennah mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2015.
Mereka juga dikurniakan cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain,3.
Video: Instagram HotFm
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kelate Memang Panas Ceng Sis!”- ‘Kak Kepom’ Sambut Raya Dengan Ipar Duai Di Kuala Krai
Selebriti popular, Elly Mazlein tampil berkongsi beberapa foto istimewa sempena Syawal buat tatapan para peminatnya.
Menerusi perkongsian yang dilakukannya di Instagram, hos Gegar Vaganza 9 (GV9) ini memuat naik gambarnya bersama suami, Azlan Che Nuh dan keluarga.
Malah, Elly yang mesra disapa Kak Lina atau Kepom turut menulis kapsyen humor, memperkenalkan keluarga besarnya yang berada di Kuala Krai, Kelantan.
“Adik ipar yang masih bujang yang boleh ditackle lah dik. Ada yang nak lock tak? Agitchu,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ramai yang meninggalkan reaksi selain tak kurang yang mengusiknya pada ruangan komen.
“Tak tahan duck lips Kepom.”
“Panas berasap Kelate tahun ni.”
“Panah sungguhlah Kak Kepom.”
“Kelate memang panas ceng sis.”
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sertai Kami, Jangan Pinjam Ahlong,” – Ahli Lembaga Pengarah KOPELEM, Datuk Ayu Puteh
Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Penerbit Filem Malaysia Malaysia Berhad (KOPELEM), Datuk Ayu Puteh menyeru para penerbit untuk membuat pinjaman bagi menerbitkan sesebuah naskhah menerusi saluran yang betul.
Datuk Ayu berkata, dia tidak terkejut sekiranya ada segelintir penerbit mengambil jalan untuk meminjam daripada Ahlong misalnya demi memenuhi tawaran yang diberikan oleh pihak stesen televisyen.
Malah, tindakan itu boleh berlaku susulan masalah serta syarat kurang bersesuaian yang dikenakan oleh pihak bank bagi membolehkan golongan penerbit membuat pinjaman.
“Bila situasi itu terjadi, mungkin ada penerbit yang terpaksa pinjam Ahlong bila mereka perlu menyiapkan drama mengikut surat tawaran (LO) yang diberikan stesen televisyen tempatan.
“Bila LO keluar, pihak penerbit perlu siapkan mengikut masa yang ditetapkan oleh pihak stesen,” katanya.
Pemilik rumah produksi Pencil Pictures & Records Sdn Bhd itu berkata demikian sejurus Majlis Perasmian Koperasi Penerbit Filem Malaysia Berhad (KOPELEM) di Finas, Hulu Klang, pada Ahad.
Tambahnya lagi, dilema itu bukan lagi masalah kepada penerbit apabila pihak kementerian telah meluluskan kemudahan pinjaman pembiayaan melalui koperasi berkenaan.
Perkara itu diumumkan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar yang merasmikan KOPELEM dalam satu majlis semalam.
Oleh yang demikian, para penerbit drama dan filem digalakkan menyertai KOMPELEM bagi mendapat manfaat termasuk pinjaman bagi menjayakan projek mereka.
“Sertai kami dan jangan pinjam Ahlong. Kita di KOMPELEM mahu membantu ahli supaya mudah mendapatkan pinjaman tanpa syarat yang mengekang seperti pihak kewangan yang lain.
“Malah dengan koperasi ini juga ahli mendapat banyak peluang termasuk dana yang ditawarkan kerajaan,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Ayu mewakili semua jawatan kuasa Kopelem melahirkan rasa syukur apabila usaha selama lima tahun bagi menubuhkan Kopelem akhirnya menjadi kenyataan.
Justeru, pelbagai proses perlu dilakukan dalam usaha menjadikan KOPELEM satu realiti dalam usaha mewujudkan rangkaian bagi memudahkan golongan penerbit di negara ini.
“Kami berharap mendapat sokongan semua pihak dan saya juga berbangga dengan kesemua jawatan kuasa yang dilantik kerana masing-masing mendukung tujuan membantu sesama ahli,” katanya.
Terdahulu Noh turut mengumumkan kementerian memberikan geran sebanyak RM20,000 bagi mengerakkan aktiviti awal koperasi berkenaan.
Pada mesyuarat agung permulaan KOPELEM, Pengasas dan Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi dilantik sebagai Pengerusi KOPELEM.
Turut dilantik ialah Datuk Nancie Foo sebagai Bendahari manakala Setiausaha disandang Zahrin Ishak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Tak Kekal Dalam Industri, Tak Tahu Nak Buat Apa. Mungkin…,” – Sweet Qismina Tangguh 1 Semester Pengajian, Fokus Berlakon
Pelakon meningkat naik, Sweet Qismina mengakui kerjaya seninya sejak tahun lalu agak perlahan kerana memberi tumpuan pada pengajiannnya dalam jurusan Perhubungan Awam di SeGi University & Colleges.
Katanya lagi, mungkin atas faktor itulah ramai yang memberi tanggapan bahawa dirinya kian menghadkan penglibatan dalam lakonan.
Bagaimanapun, untuk pertengahan tahun sehingga hujung tahun ini, pelakon berkenaan mengambil keputusan untuk tangguh pengajian demi memberi komitmen penuh dalam lakonan.
“Kalau nak dikatakan perlahan, hal pengajian mungkin menjadi antara penyebab dan pada masa sama, saya juga mengambil tawaran lakonan panjang. Sudah lock dan susah untuk ambil tawaran lain. Jadi mungkin sebab itulah ada yang melihat kerjaya saya perlahan.
“Tapi selepas ini, saya akan beri fokus balik pada lakonan sebab tangguh pengajian selama satu semester saja,” jelas Sweet.
Dalam perkembangan lain, Sweet baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama untuk slot Lestari di TV3 berjudul Adam Cempaka yang bakal disiarkan tidak lama lagi.
“Saya pegang watak sebagai heroin di samping Adam Lee. Tahun depan barulah mula fokus pada pengajian balik. Masih berbaki dua tahun lagi. Memang kena habiskan juga pengajian.
“Belajar itu pun penting. Kalau tak kekal dalam industri, tak tahu nak jadi apa. Mungkin lepas ni saya akan terlibat dengan kerja-kerja media juga, sebab ada kaitan dengan apa yang sudah saya belajar,” seloroh Sweet yang bakal muncul menerusi drama pendek berjudul Dua.
Foto: Instagram Sweet Qismina
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI