Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bukan sahaja telah meraih emas, namun telah memecah rekod dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dalam acara sukan lasak kategori individu dengan catatan 3 jam 48 minit 38 saat, meleburkan rekod atlet Malaysia iaitu pemenang pingat emas Sukan SEA 2013 di Myanmar, Mohd Sulaiman Muda yang mencatatkan 6 jam 26 minit.
Tambahan pula, penyertaaan baginda adalah pertama kali dalam sejarah Sukan SEA. Baginda yang memakai jersi nombor nombor 111 memulakan perlumbaan sejauh 80 kilometer (km) di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) Lembah Bidong, Setiu dan membenam rekod 3 jam lebih awal untuk menamatkan perlumbaan.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada Sultan Mizan yang merangkul pingat emas dan mencipta rekod baharu Sukan SEA.
Tidak ketingalan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, turut mengucapkan tahniah atas kejayaan baginda.
Bahkan juga di laman twitter TeamMAS turut memuatnaik detik-detik kejayaan baginda dan dihujani ribuan ucapan tahniah dari netizen.
Sultan Mizan kemudian meraih satu lagi pingat emas menerusi acara berpasukan bersama Mohd Adhwa Embong yang menunggang Mora Franka, dan Azizatul Asma Abdullah (Mora Tishaka).
Sebelum ini, baginda menarik diri daripada saingan Sukan SEA 2017 ekoran masalah kuda namun, mengubah pendirian untuk kembali menyertai skuad negara sekaligus muncul sebagai sultan pertama yang akan bersaing dalam temasya dwitahunan itu.
BACA JUGA : http://www.mediahiburan.my/
Tahniah MH ucapkan kepada Sultan Mizan Zainal Abidin atas kejayaan yang sangat membanggakan ini!
Sumber : BH Online