Uncategorized

Tahniah, Zizan Terima Anugerah Ikon Media Sosial Malaysia 2017

Share

Sebut sahaja nama Zizan Razak pasti anda terbayang sikapnya yang lawak dan bersahaja. Terbaru Zizan telah menerima anugerah Ikon Media Sosial di Malaysia Social Media Week 2017.

Berita penerimaan anugerah ini dikongsikan sendiri oleh Zizan menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam video perkongsiannya itu, terlihat anugerah tersebut diberikan kepadanya oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Wow beruntungnya!

Rata-rata pengikut dan peminat Zizan di Instagram telah menghujani ruangan komen dengan mengucapkan tahniah kepada artis pujaan mereka ini.

mayangsari76: Tahniah dan Shabass semua usaha dan ketekunannye..Restu dan Doa Ibunye membawa Keberkahan Alhamdullillah syukur Aamiinn…BarakALLAH…

 

catchyperfume_2016: Tahniah Zizan! Semoga terus sukses dan jangan lupa pada yang Maha Pemberi Rezeki. All the best! ?

 

fans_blackpink_twice: Congratulation abg @zizanrazak869 abg telah membangga kn rakyat malaysia terutama sekali orang2 terengganu terus kan usaha mu abg zizan sebagai anok jati ganu kita sama kampung…????

Tidak dapat dinafikan semenjak kemunculan Zizan di dalam industri seni selepas menyertai program realiti Raja Lawak, namanya tidak berhenti terus mempertingkatkan lagi nama industri ke satu level seterusnya.

Malah, bilangan pengikutnya di media sosial turut meningkat naik hingga mencecah 4.4 juta pengikut cukup membuktikan dirinya diterima dan disayangi ramai.

Kami di MH Online juga tidak mahu melepaskan peluang untuk mengucapkan jutaan tahniah buat Zizan untuk pengiktirafan ini.

Bagi kami dia sememangnya layak untuk menerima anugerah ini.

Sumber: Instagram Zizan Razak