Pelakon Zul Yahya menerusi laman Instagram berkongsi berita gembira apabila bakal menerima anak keenam tidak lama lagi.
Dia berkongsi alat ujian kehamilan yang menunjukkan dua garisan yang membawa makna positif hamil.
“MasyaAllah.. Alhadulillah rezeki. Tambah lagi legasi zul yahya. Semoga dikurniakan kesihatan yg baik buat bidadariku. Aamin,” tulisnya.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen mengucapkan kesyukuran dan memberi ucapan tahniah buatnya dan pasangan.
Zul berkahwin dengan Siti Raihan Mohd Rodzi pada Disember 2007 dan dikurniakan tiga anak perempuan serta dua lelaki berusia antara 1 hingga 8 tahun.
Foto : Instagram Zul Yahya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Anak Dara Makin Membesar Dah,” – Mesra Macam Sahabat, Peminat Puji Cara Lisdawati Didik Anak
Pelakon, Lisdawati ada memuat naik sekeping foto menerusi akaun Instagram miliknya.
Kongsi Lisdawati, dia cuba mendidik anak-anak dengan menjalinkan hubungan mesra sebagai seorang rakan.
Selain itu, bintang filem Songlap ini meluahkan rasa syukur apabila permata hati turut bersikap terbuka untuk berkongsi pelbagai perkara bersamanya.
“Siapa rasa boleh bersahabat dgn anak sendiri? Syukur Alhamdulillah anak dara makin membesar dah mcm kwn2.
“Kalau boleh semua perkara nak diaorg share dgn sy. #luvmyfamily #fazneesya,” tulisnya sambil memberikan kredit.
View this post on InstagramA post shared by Lisdawati (@lisdawati15) on
Melihat di ruangan komen entri tersebut, rata-rata peminat meluahkan rasa setuju dengan perkongsian pelakon berusia 41 tahun ini.
Sekadar informasi, Lisdawati mendirikan rumah tangga bersama suaminya, pelakon Fauzi Nawawi pada 9 September 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Sementara Fauzi sebelum ini turut dikurniakan empat orang anak menerusi perkahwinan terdahulu.
Foto : Instagram Lisdawati
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Silap Langkah Boleh Ditangkap, Ditembak,” – Fedtri Yahya Imbas Kenangan Jejak Rasul 2020
Rancangan dokumentari Jejak Rasul sentiasa menjadi penantian penonton setiap tahun khasnya bila menjelang Ramadan.
Selaku pengacara rancangan tersebut, Fedtri Yahya ada berkongsi cerita ketika menjalankan pengambaran Jejak Rasul di negara Turki, Jordan dan Palestin tidak lama dulu.
Kongsi hos ini, dia memaklumkan untuk melaksanakan musim terbaru Jejak Rasul kali ini sangat mencabar kerana kawasan pengambaran dikawal ketat oleh tentera.
“Bukan mudah rakaman Jejak Rasul kali ini. Kawasan sensitif dan bergolak, dipenuhi tentera dan puak yang memantau dalam diam.
“Silap langkah, boleh ditangkap. Boleh ditembak. Bermula esok, 6.30 petang,” tulisnya.
Bukan mudah rakaman Jejak Rasul kali ini. Kawasan sensitif dan bergolak, dipenuhi tentera dan puak yang memantau dalam diam. Silap langkah, boleh ditangkap… Boleh ditembak.
.
Bermula esok… 630 petang 😘 pic.twitter.com/8ESihI9DyS— Ahmad Fedtri Yahya (@fedtriyahya) April 18, 2020
Sekadar informasi, Jejak Rasul mula ditayangkan pada tahun 1994 dan kini sudah hampir 26 tahun menemui penonton di televisyen.
Rancangan Jejak Rasul akan ditayangkan pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, jam 6.30 petang di saluran TV3 bermula 19 April ini.
Video: Twitter Fedtri Yahya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebelum Ini Saya Memang Susah Nak Percaya Produk Tempatan,” – Pendirian Wanna Ali 100% Berubah Bila…
Pelakon dan penyanyi, Wanna Ali tidak menafikan sebelum ini dia mempunyai pendirian skeptikal terhadap produk kecantikan lokal sekali gus rasa ragu-ragu untuk menggunakannya terutamanya pada bahagian wajah.
Bagaimanapun situasi tersebut nyata berubah apabila pemilik nama lengkap Nor Syazwana Mohd Ali, 25, mulai mengaplikasikan serum Millefleur di dalam rutin kecantikan hariannya sejak berbulan lalu.
Jelas Wanna, Millefleur memberikan banyak perubahan yang baik pada wajahnya.
“Produk ini sangat bagus kerana terdapat kebaikan 3 dalam 1 dan saya percaya produk ini kerana terkejut bila melihat pengasasnya yang sudah berumur 50 tahun ke atas namun kulitnya masih dalam keadaan baik walaupun lelaki.
“Sebelum ini saya memang susah hendak percaya produk tempatan namun saya cuba dahulu selama sebulan dan ia ternyata positif kerana mengandungi organik yang menyebabkan saya yakin sekaligus untuk menjadi duta bagi produk ini.
“Sebab itulah sebelum ini saya jarang untuk berkongsi sesuatu produk kencantikan atau melakukan riviu berbayar di media sosial. Sebab selagi belum cuba, saya memang tak akan muat naik.
“Namun kalau ia betul-betul bagus dan saya sendiri cubanya terlebih dulu, mengapa tidak untuk kita berkongsi kepada semua,” katanya.
Bintang drama Bukan Sekadar Lafaz ini berkata demikian ketika ditemui pada sidang media khas yang memperkenalkannya sebagai wajah wakilan di sebuah hotel terkemuka di Damansara, baru-baru ini.
Sementara itu, Pengarah Urusan Millefleur, Wan Mohamad Azrihaikal Wan Hassan berkata, selepas mengambil kira keserasian dan kerjasama baik antara mereka, pihaknya yakin selebriti itu sebagai pilihan tepat untuk memperkenalkan produk ini secara lebih meluas.
“Kami juga kagum dengan disiplin Wanna yang konsisten menggunakan produk ini
sebelum dia dipilih sebagai duta. Kami mahukan seseorang yang mampu mewakili syarikat
untuk memberi keyakinan kepada bakal pengguna.
“Malah ia dilihat selari dengan kempen #WakingUpToHealthySkin dan Millefleur turut menghasilkan tiga versi iklan yang mana antara lain ia membawa kepada penceritaan tentang kecantikan yang bersatu dengan keindahan alam dan kita semua perlu saling menyokong,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Millefleur turut menawarkan hadiah lumayan kepada pengguna produk serum ini menerusi pembelian dan berpeluang menyertai peraduan #WakingUpToHealthySkin dengan memuat naik video kreatif bersama produk di media sosial beserta hashtag yang dikongsikan menerusi platform rasmi Millefleur.
Malah, pihaknya juga terbuka untuk menerima agen dan stokis yang berminat untuk sama-sama menjana pendapatan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI