Seakan-akan faham kontroversi yang melanda temannya, Fathia Latiff, pelakon Betty Banafe memberi kata-kata semangat selepas pelakon itu membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab.
Tulisnya, hidayah Allah dapat berperingkat, dan dugaan yang datang akan membuatkannya lebih kuat menghadapi kehidupan.
Namun, di ruangan komen, Tunku Hanis meninggalkan kata-kata berbentuk rayuan agar pelakon Ariana Rose itu bertemu dengannya. Dia merupakan sahabat baik Fathia dan baru sahaja membuat keputusan mengenakan hijab akhir tahun lepas.
“Fatiya! If you are reading this please call me! Please look for me! PLEASE CARI AKU!”
“Walau APA pon berlaku pada ko yah, kak bet tetap sayang ko @fatiyalatiff . Kak bet tahu kelembutan hati ko, kekosongan hati ko. Yang penting yah jaga hubungan yah dengan Allah. Jaga ya sayang.
“HIDAYAH ALLAH DATANG BERPERINGKAT PERINGKAT. INSYAALLAH KAK BET DOAKAN YANG TERBAIK KEBAHAGIAAN BUAT YAH. #keepmoving .
“APA pon yang berlaku dalam hidupmu dugaan rintangan, hadapilah dengan senyuman dan kesyukuran. Kerana itu lah yang menjadikan kita lebih kuat dari sebelumnya. Lakukan lah sesuatu dengan KEIKHLASAN HATIMU. Kalau tidak mampu, tak pa.. minta sama Allah kekuatan. Kerana TIADA YANG Sempurna selalin Allah. Love u dik!” tulisnya kepada pelakon berusia 32 tahun itu.
Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Fathia Latiff.
Foto : Instagram Betty Banafe
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI