“Tahu Kenapa Sesetengah Golongan Muda Benci Politik?,” – Giliran Syed Saddiq Bersuara, Selar Siapa?

Share

Memuat naik status kecewa dengan kepimpinan politik negara ini, Menteri Belia Dan Sukan, YB Syed Saddiq menyatakan rasa kesal dengan taktik ‘kotor’ pihak tertentu.

Tulisnya, pemimpin seharusnya memajukan kehidupan, bukannya hanya berkisar mengenai kisah seks atau konspirasi sehingga mampu membuatkan golongan belia menjauh.

Saya naif apabila mengandaikan zaman permainan kotor politik sudah berlalu.

“Politik sepatutnya mengenai membuat kehidupan lebih baik, pertembungan idea dan prinsip, bukan mengenai seks dan konspirasi.

“Tahu kenapa sesetengah golongan muda benci politik? Kerana ia memusnahkan lebih daripada apa yang dibina. Malaysia layak terima yang lebih baik.”

Setuju dengan pendapat pemimpin muda ini, netizen turut menyelar tindakan segelintir pihak yang sepertinya hanya mengutamakan diri.

Malah, ada juga yang mempersoalkan pemilihan kerajaan baru dalam menerajui Malaysia.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan status ini ditujukan kepada siapa.

Bagaimanapun sejak semalam, tular video intim yang didakwa mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali.

Foto : Instagram Syed Saddiq

Published by
Noraini Abd Wahab