Hampir 15 tahun bercerai, Rossa akhirnya membuka mulut mengenai kisah perceraian di antara dirinya dengan bekas suami, Surendro Prasetyo atau lebih dikenali Yoyo.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh pelantun lagu Pudar itu dalam sesi temubual bersama Denny Sumargo.
Dikongsikan oleh Rossa, sebelum bercerai secara rasmi, dia dan Yoyo sebelum itu telah terlebih dulu duduk berasingan selama setahun.
Dalam waktu itu, mereka sama-sama menahan diri sebelum Yoyo kemudiannya memfailkan perceraian terhadap Rossa.
Salah satu momen yang paling menyakitkan ketika itu apabila dia mengetahui aduan perceraian itu terjadi saat dirinya sedang melangsungkan konsert di Kuala Lumpur.
“Sewaktu disolek di belakang pentas, peguam datang dan memberitahu kepada saya bahawa aduan perceraian sudah sampai ke pihak mahkamah,” ujar Rossa mengingat kembali momen tersebut.
Menjadikan suasana lebih sayu, lagu yang akan dinyanyikan Rossa selepas itu adalah lagu Hati Yang Kau Sakiti. Menangis saat melantunkan lagu tersebut, peminat menyangkakan dia menghayati lirik tanpa mengetaui perkara yang terjadi di sebalik tabir.
BACA JUGA: Dewi Persik Tolak Bayaran RM288 Ribu Untuk Lakukan Pembedahan Plastik Berserta Kontrak
Walau bagaimanapun, menurut ibu kepada seorang cahaya mata itu, keputusan untuk bercerai adalah yang terbaik untuk dirinya dan Yoyo. Dia juga merasakan rumah tangganya tidak mampu bertahan lagi meskipun kedua-dua mereka mencuba bertahan.
“Yang terbaik memang berpisah, kerana kalu tidak berpisah semakin tidak baik buat kedua-dua pihak,” kongsinya lagi.
Walaupun berpisah, hubungan di antara Rossa dan Yoyo kini baik. Hasil perkongsian hidup mereka memiliki seorang cahaya mata, Rizky Langit Ramadan yang bakal menginjak usia 18 tahun Ogos ini.
Sehingga kini video tembual Rossa bersama Denny Sumargo telah mendapat tontonan lebih 2.1 juta.
Terharu dengan komen-komen positif yang ditinggalkan peminatnya pada video tersebut, Rossa dalam hantaran terkini di Instagram berkata, “Aku jadi sedih membaca semua komen di podcast Denny Sumargo. Terima kasih segala doa baik untuk saya dan anak. Yang sama juga buat anda semua.”
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI