“Tahu Tak Tutup Aurat Tu Dosa Tapi…,” – Pakai Baju Sopan & Berhijab Pada Hari Israk Mikraj, Baby Shima Kesal Dilabel ‘Jual’ Agama

Share

Penyanyi, Baby Shima akui terkilan dengan dakwaan seorang individu yang melabelkan dirinya sebagai ‘menjual agama’ gara-gara mengenakan pakaian sopan ketika membuat persembahan disebuah majlis pada Sabtu lalu bersamaan dengan hari memperingati peristiwa Israk dan Mikraj.

Kata individu berkenaan, Baby Shima hanya mengenakan pakaian sopan kerana mahu menghormati majlis dan bukannya agama.

Lantaran itu, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, tampil mempertahankan dirinya selain turut menyifatkan dakwaan individu berkenaan seperti agak keterlaluan.

“Kenapa banyak geng-geng PAS pertikaikan saya bersopan? Pakcik ni adalah orang kuat PAS tapi jahatnya mulut. Haritu bising sebab saya seksi, sekarang bising sebab saya pakai sopan.

“Tak faham lah dengan geng-geng PAS ni. Semua tak kena,” tulisnya di Instagram.

Jelasnya lagi, walaupun dia belum menutup aurat dengan sempurna, namun usahanya untuk menghormati majlis tidak sepatutnya dipertikaikan.

“Memang la saya ni belum bertutup aurat lagi tapi saya nak menghormati majlis agama.

“Memang la saya tahu tak tutup aurat tu dosa tapi sampai hati pakcik PAS ni cakap saya ikut kesesuaian majlis sebab jual agama.

“Salah ke saya pakai sopan majlis tu pak cik? Ramainya pertikaikan kenapa saya tutup aurat pada majlis isra mikraj hmmmmmm,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut memuji usaha Shima untuk menghormati majlis.

“Nanti kalau pergi majlis agama tak pakai tudung, kau cakap dia tiada akhlak pula. Janji dia ada rasa hati nak pakai tudung tu pun dah baik dah. Nasihat pun ada caranya.

“Patutnya doalah yang baik-baik. Tak tutup kau bising. Dah tutup pun bising. Nak apa sebenarnya ni?

“Alhamdulilah, sekuran-kurangnya Shima tahu pakaian yang sesuai ikut majlis.

“Jangan cakap macam tu. Dosa pahala bukan kau yang tentukan. Itu kerja Allah. Siapa kita pandai-pandai nak labelkan orang penjual agama?

“Patutnya berdoa kepada Allah. Tunjuk jalan benar kepada Shima. Bukan kita kutuk dia. Siapa kita nak menghukum,” antara komen-komen netizen.

Baru-baru ini, Shima ada berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya mengenakan pakaian sopan dan berhijiab sewaktu membuat persembahan di Kuantan, Pahang.

Perkongsian penyanyi lagu Pura-Pura Bujang itu nyata mendapat respon pelbagai daripada netizen.

Sehingga kini, video berkenaan telah pun meraih lebih 300,000 jumlah tontonan di Instagram.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Baby Shima

Published by
Aizam Manaf