Penyanyi dan pengacara, Sissy Iman akui kurang selesa dengan sikap segelintir pihak yang gemar memperkecilkan kegembiraan dan kejayaan orang lain.

Menurut Sissy, meskipun kejayaan yang diraih itu hanyalah kecil jika ingin dibandingkan dengan orang lain, namun, dia merasakan dirinya layak untuk berasa bangga dengan apa sahaja yang telah dicapainya sehingga hari ini.

“Tahulah Awak Dah Tak Heran Dengan Benda Yang Kita Capai,” – Eh, Sissy Iman Sound Siapa? “Tahulah Awak Dah Tak Heran Dengan Benda Yang Kita Capai,” – Eh, Sissy Iman Sound Siapa?

“Orang yang suka memperkecilkan kejayaan orang lain ni, barai la. Tak kira la kalau kau dah been there done that seratus kali pun.

“Umur kau pun dah tua. Layak la kau lagi terer pun. Bagi la chance orang yang pertama kali dapat kejayaan itu nak celebrate. Bukan kacau hidup kau pun?,” tulisnya.

Ads

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pengacara program Muzik-Muzik itu menerusi beberapa ciapan yang dimuat naik di Twitter.

Katanya lagi, orang luar sepatutnya turut berkongsi kegembiraan tersebut dan memberi semangat agar kejayaan tersebut dapat terus dicapai pada masa akan datang.

“Tahulah Awak Dah Tak Heran Dengan Benda Yang Kita Capai,” – Eh, Sissy Iman Sound Siapa? “Tahulah Awak Dah Tak Heran Dengan Benda Yang Kita Capai,” – Eh, Sissy Iman Sound Siapa?

Ads

“Dok eleh, benda cantu pun nak post. Eh suka hatilah. Dengki kenapa? Tahu la awak dah tak heran dengan benda yang kita achieve.

“Boleh terus buat tak heran kot daripada bitter ja. Tak bahagia ke dengan kehidupan yang dah achieve macam-macam toh?,” ujarnya lagi.

Sekadar informasi, bakat Sissy sebagai penyanyi mula dikesan oleh komposer yang juga merupakan gitaris kumpulan Hujan, AG Coco.

Ads

Malah, bintang berusia 26 pernah menyertai program realiti nyanyian, Big Stage musim pertama bersama bintang-bintang baru seperti Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan dan ramai lagi.

“Tahulah Awak Dah Tak Heran Dengan Benda Yang Kita Capai,” – Eh, Sissy Iman Sound Siapa? “Tahulah Awak Dah Tak Heran Dengan Benda Yang Kita Capai,” – Eh, Sissy Iman Sound Siapa? “Tahulah Awak Dah Tak Heran Dengan Benda Yang Kita Capai,” – Eh, Sissy Iman Sound Siapa?

Pada masa sama, Sissy terus melebarkan sayapnya didalam industri seni selepas diberi peluang untuk menjadi pengacara dan pelakon.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram & Twitter Sissy Iman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI