Uncategorized

Tahun 2018 Misi DSV Kumpul Saham Akhirat, Bina Mahaad Tahfiz Raudatul Jannah

Share

Nama pengasas produk kecantikan, Datuk Seri Vida (DSV) memang tidak pernah lekang dari menjadi buah mulut ramai apabila ada sahaja kisah dan cerita mengenainya diperkatakan ramai.

Bagaimanapun, di sebalik kejayaan dan aset yang sering terpamer menerusi kehidupan mewahnya bersama anak-anak, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa DSV hampir setiap malam menangis memikirkan apakah solusi yang perlu dihadapinya pada hari mendatang.

Kongsinya, bukan mudah untuk bergelar ahli perniagaan dan pada masa sama ketika ramai mata yang memerhati.

“Kegagalan rumah tangga, hal melibatkan bisnes dan hal lain yang terbawa-bawa pada kes tahun lalu memang cukup pahit. Jadi pada tahun ini saya mahu buang perkara lama yang pernah terpalit pada diri. Memang tak cukup kuat untuk hadapinya. Sebab itulah saya mahu sokongan semua dan mahu mengumpul saham akhirat, insyaAllah,” katanya kepada MH.

Ditanya  apakah yang memberikan sumber kekuatan buatnya untuk terus cekal, wanita besi ini memberitahu dia menangis hampir setiap malam memikirkan soal hidup dan perancangan masa depan.

“Saya tiap malam nangis. Orang hanya tengok kita gembira saja bila depan kamera. Saya ni memang ratu air mata di rumah. Tak tahu macam mana nak hadap. Biar dalam bisnes pun, bukan senang untuk survive,” kongsinya yang tidak sabar untuk mendirikan madrasah khas buat pelajar tidak lama lagi.

 

“Setelah sekian lama merancang dan proses untuk dapatkan kelulusan, madrasah yang bakal dikenali sebagai Mahaad Tahfiz Raudatul Jannah di Tanah Merah, Kelantan. Kita cuba bina kompleks pengajian baru yang moden, canggih dan luasnya 3 ekar.

 

“Yang penting, saya mahu tekankan juga aspek kemahiran. Bukan setakat menghafal sahaja. Mereka boleh pilih pengkhususan yang mereka suka. Yang terpilih akan kami sponsor untuk sambung pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi,” akui DSV yang turut megambil keuntungan jualan produknya sebagai dana pembinaan projek berkenaan uang dikatakan menelan belanja RM30 juta 

Dalam perkembangan lain, ibu tunggal ini juga sudah pun merancang untuk melancarkan single seterusnya pada masa depan.

“Tengah plan dan kini saya pun sudah rancang untuk ikuti kelas vokal. Mungkin nak rakam lagu berentak balada kot,” akhirinya.

 

Published by
Rafiq Mazlan