Penerbit yang terkenal di kalangan selebriti, Fadzil Teh atau lebih sinonim disapa Haji Zil ada memuat naik status di media sosial.
Penerbit prolifik itu membayangkan pada tahun hadapan, stesen televisyen dan kebanyakan penerbit akan memburu pelakon, Zahirah MacWilson.
Difahamkan, status tersebut dibuatnya selepas mengikuti drama rantaian terkini lakonan Zahirah, Curi-Curi ini yang bersiaran menerusi Astro Ria di slot MegaDrama.
Penerbit tersebut juga ada memuji kualiti lakonan anak kepada pelakon senior, Zainol MacWilson itu di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-ratanya memberikan respon positif terhadap apa yang dikongsikan. Malah, Zahirah juga dilihat turut meninggalkan komen terhadap entri berkenaan menerusi Instagram.
Drama yang merupakan adaptasi novel itu memulakan siarannya sejak 29 April lalu dan hingga kini mendapat reaksi baik di kalangan pencinta drama tempatan. Selain Zahirah, Curi-Curi Cinta turut menampilkan Aiman Hakim Ridza, Talha Harith, Fauziah Nawi, Uyaina dan ramai lagi.
Foto: Instagram Haji Zil, Zahirah MacWilson