Instafamous, Coach Yin semalam muat naik foto ‘Instagram Best Nine’ di laman Instagram yang kebanyakkannya dipenuhi dengan fotonya bersama Nur Sajat.
Dalam pada itu, dia sempat mendoakan agar lebih banyak kenangan manis antara dirinya dengan Sajat pada tahun 2019.
“Bila buat bestnine,,semua nye keluar gmbr awak syg @ajramjat02 ,,betapa byknye kenangan sy dgn awk tahun 2018.
“Semoga tahun 2019 nanti lebih byk kenangan sy dgn awk tercipta…love you @ajramjat02,” tulisnya.
Susulan itu, Sajat dilihat membalas ucapan Coach Yin itu.
“Love you too sayang…tahun depan kita naik pelamin yer, mak dan ayah dah tanya dah,” balas usahawan kosmetik itu.
Di ruangan komen juga, kelihatan ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan kedua-dua mereka berkahwin.
Sebelum ini, sudah banyak kali netizen mendoakan agar Coach Yin dan Nur Sajat berkahwin, nampaknya doa mereka itu dimakbulkan.
Apa-apapun, kita doakan yang terbaik sajalah untuk mereka berdua.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ramai Yang Tahu Saya Memang Gemarkan Jenama Tempatan…,” – Yuna Cari Peluang Bantu Usahawan Lokal
Penyanyi Malaysia yang menempa nama di peringkat antarabangsa, Yuna telah dipilih sebagai wajah rasmi IOUpay (ASX:IOU), iaitu sebuah syarikat fintech dan kewangan digital.
myIOU adalah servis perkhidmatan kewangan terbaru yang menawarkan khidmat Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later)sesuai dan mudah untuk para peniaga dan usahawan atas talian dengan adanya pilihan pembayaran fleksibel yang pasti akan menarik ramai pelanggan dan pengguna.
Bercakap mengenai kerjasama ini, Yuna mendedahkan dia memilih untuk memberikan sokongan kepada usahawan lokal meski membina kerjaya di luar negara.
“Ramai yang tahu saya memang gemarkan jenama-jenama tempatan sama ada kecil atau besar sejak dari dahulu lagi.
“Saya akan kongsikannya dengan keluarga dan para peminat, tapi saya rasa cara itu masih belum lagi boleh dianggap menyeluruh.
“Dewasa ini, banyak usahawan tempatan mengalami kekangan kewangan dalam memastikan perniagaan mereka terus berkembang.
“Bagi saya, kerjasama dengan myIOU ini tiba pada masa yang tepat kerana saya memang sedang mencari peluang untuk membantu para usahawan demi kelangsungan perniagaan mereka.
“Dengan adanya perkhidmatan Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later/ BNPL) yang ditawarkan myIOU, pasti dapat membantu bukan sahaja para peniaga malah para pelanggan juga.
Saya bersama-sama pihak myIOU berharap dapat menarik seberapa ramai orang di luar sana untuk mengambil peluang ini,” katanya.
Ditanya mengenai sejauh mana harapannya terhadap kerjasama ini, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Terukir Di Bintang ini berharap agar kemudahan yang diterapkan myIOU dimanfaatkan dengan baik.
“Saya mahu lihat lebih banyak perniagaan anak tempatan mengambil peluang keemasan ini turut serta menggunakan kemudahan perniagaan atas talian melalui myIOU.
“Ini akan dapat membantu lebih banyak usahawan-usahawan untuk terus berkembang dalam menjana pendapat semasa dan selepas musim pandemik ini,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Yuna kini dalam proses menyiapkan album terbarunya yang akan dilancarkan hujung tahun ini.
“Saya akan kembali ke Los Angeles dan meneruskan kerja-kerja pembikinan album terbaru saya. Insya-Allah, ia akan dilancarkan pada hujung tahun ini.
“Saya juga akan cuba untuk berulang-alik ke Malaysia demi memastikan kesejahteraan keluarga saya sentiasa terpelihara,” katanya lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Mahukan Adik, Farah Lee Bilang Boleh Ambil Anak Angkat
Farah Lee menerusi laman Instagram miliknya ada berkongsi perbualan yang tercetus antaranya bersama anak, Maream Esabel.
Nyata si kecil terbabit begitu mahukan adik sehingga berulang kali memaksa ibunya berkahwin buat kali kedua.
Jelas Farah, dia masih mampu memberikan adik kepada Maream, iaitu dengan cara mengambil anak angkat.
“M: Omma, you need to get married so that you can give me baby siblings.
O: Maream, you know what, I can still give you baby siblings even though I not married.
M: No you cannotttt…
O: Why.?
M: Because you’re not that special Maryam from the Quran.!
O: 😌
.
We can adopt Maream, adopt 😏 Dah lah hari2 before that dia suruh omma “get married so that you have someone to understand you” 😞 Apa dia ingat tak best ke membujang?,” kongsinya.
View this post on InstagramA post shared by F. L. (@farahlee_) on
Netizen nyata teruja dengan si permata hatinya yang bijak lalu meninggalkan reaksi di ruang komen.
Terdahulu, Farah atau nama sebenarnya, Nur Farahin Romli pernah bergelar isteri kepada pengacara, Ally Iskandar pada 20 Januari 2012.
Pasangan ini berpisah pada 17 Ogos 2016 dan dikurniakan cahaya mata perempuan.
Foto : Instagram Farah Lee
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ramadan Tetap Bulan Yang Dinanti-nantikan,” – Allah Sedang Uji UmatNya, Ikhlas Murni Titipan Dari Datuk Siti Nurhaliza
Seperti sedia maklum, sambutan Ramadan seluruh dunia pada tahun ini pastinya akan jadi sedikit berbeza berbanding sebelumnya.
Penularan pandemik COVID-19 tidak dinafikan memberi satu impak besar dalam kehidupan kini dan pastinya, rutin serta situasi umat Islam dalam menyambut Ramadan tidak seperti tahun tahun terdahulu.
Bagaimanapun, Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga ke bulan puasa tentu juga menjadi peluang terbaik untuk kita satu famili beribadah bersama keluarga di rumah.
Syukur kerana Ramadan tahun ini, kita semua dapat isi masa bersama keluarga untuk merebut ganjaran pahala berlipat ganda, serta sambut puasa apa adanya.
Misalnya penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut meluahkan rasa syahdu apabila mengenangkan sambutan Ramadan tahun ini.
Kongsinya, Yang Maha Esa sedang menguji UmatNya bagi melihat sejauh mana tahap keimanan dan ketaqwaan kita semua.
“Bila nak masuk Ramadhan hati makin sayu bila kenangkan Ramadhan kali ini tidak seperti selalu. Rindu ke Mekah dan madinah, Solat terawih berjemaah, berbuka ramai ramai, solat tahajjud sampailah tiba solat subuh.
“Kali ni hanya mampu #throwback dulu kenangan indah ini, InsyaAllah semua akan kembali seperti biasa.
“Allah SWT menguji kita untuk melihat tahap keimanan & ketaqwaan kita kepadaNya.
“Ramadan tetap bulan yang dinanti-nantikan. Ya Allah, makbulkan doa kami & hapuskan covid19 di muka bumi ini,” tulis ibu kepada seorang cahaya mata ini pada satu entri di Instagram.
Menerusi entri sama, bintang ini turut berkongsi beberapa keping foto saat dirinya bersama keluarga menjejakkan kaki ke tanah suci.
View this post on InstagramA post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Apa yang pasti, meski wujud kesukaran, namun terselit 1001 hikmah yang cukup indah.
#Syukurbersama kerana kita setidak-tidaknya masih mampu beribadah di rumah bersama keluarga serta dapat belajar dan menghayati Al-Quran bersama-sama.
Alangkah indah apabila dapat melaksanakan solat sunat tarawih berjemaah di rumah dengan keluarga, syukur alhamdulillah.
Dalam perkembangan lain, Siti turut menubuhkan satu dana iaitu Dana Peduli, Kemanusiaan dan Prihatin (PKP) atau singkatan Dana P.K.P Siti Nurhaliza.
Ia khusus bagi menyalurkan bantuan kepada golongan yang terkesan berikutan situasi semasa yang berlaku kini.
Kami di NU Ideaktiv menyokong kempen duduk rumah sepanjang tempoh PKP ini. Teruskan menghargai setiap perkara terbaik dalam hidup anda! #syukur bersama
Foto: Instagram Siti Nurhaliza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI